Posts

Showing posts from 2019

Pujuk Hati ~ (Ramadhan Atau Syawal ?)

Assalamualaikum semua pembaca. Kali ini saya mau share sesuatu tentang ramadhan memandangkan kita sedang menjalankan ibadah puasa dalam tahun 2019 ini. Ok, tidak banyak yang perlu ditulis. Nanti pembaca tidak minat mau baca. Baik, Ramadhan. Pandangan dan cara menjalani   ibadah puasa adalah berbeza setiap individu. Semua tahu. Atau mungkin ada yang belum memahami. Cara yang bagaimana? Si miskin dan si kaya? Mungkin ya tapi bukan begitu. Ada yang memandang ramadhan sebagai masuk fasa bermalas malasan. Sedangkan sepatutnya sebaliknya kita kena lakukan. Ada yang bila sebut tentang Ramadhan, terus berfikir tentang sambutan hari raya. Sama lah seperti saya. Haha. Allah. Tapi tidak bermakna lupa pada tujuan asal Ramadhan. Insya-Allah. Perantau : Kenapa tajuk saya perantau? Sebab seperti biasa mesti akan ada individu yang tidak dapat berpuasa bersama keluarga tersayang atas sebab kerja ataupun tanggungjawab sebagai pelajar. Paling menyedihkan, sepanjang Ramadhan bera...

Meniru yang Halal ???

Teringin bukan jadi individu yang menarik? Sudah semestinya. Kalau lihat kebiasaan kita, bila seseorang ini telah berjaya, mesti soalan masyarakat yang wajib adalah ; apakah rahsia anda? Benar bukan? Bukan hanya berjaya dalam akademik. Dalam kerjaya, bisnes dan macam-macam lagi. Cuma kita fokuskan kepada akademik khususnya. Kenapa? Sebab penulis juga seorang pelajar. Adakalanya, mindset kita terbentuk dengan pengaruh yang besar adalah zaman bergelar pelajar. Sebab zaman ini lah kita berpeluang jumpa ramai jenis manusia di muka bumi ini. Baik, entri kali ini kita akan bercerita tentang ‘MENIRU YANG HALAL’ . persoalannya adakah peniruan yang halal? Dalam konteks kejayaan akademik kali ini bukanlah menjurus kepada peniruan peperiksaan. Tidak. Tapi kali ini saya akan share something yang menjadi panduan saya sendiri iaitu meniru.             Setiap seseorang, mesti ada insan yang dia kagumi betul? Yang menjadi role model. Mengapa di...

Cerita Inspirasi 4 : Kasih Ibu

Zaimah mengintip dari jauh. Wanita tua itu sedang berusaha mengutip buah yang berjatuhan daripada pokok, sedang tangannya memegang pinggangnya yang kelihatan sakit. Kaki kiri Zaimah diangkat tanda teringin ke situ. Membantunya. Memeluknya. Namun belum sempat sepasang langkahnya lengkap, dia memutuskan untuk biarkan saja. Cepat saja otaknya membuat keputusan untuk pergi. Dia berpaling kemudian berjalan.             “Aduh!”, wanita tua itu tadi terduduk jatuh. Tanpa menunggu hati dan otak berbincang sama ada pergi atau tidak, Zaimah laju mendapatkan wanita tua itu tadi.             “Ibu! Ibu!. Ibu tidak apa-apa? Mana sakit Ibu? Boleh Imah lihat mana luka?”, tingkah Zaimah yang itu risau menyebabkan Wanita tua itu tadi terdiam dan melihat saja wajah anak perempuannya itu. Tidak lama mereka berpandangan. Muka wanita tua itu tadi terus membengis.     ...

Story Telling 2 : Syarat untuk bakal suami

Juntaian tdung kirinya dililitkan ke atas kepala. Tangannya yang lembut mengemaskan tudung sesuai syarak. Lipatan kiri dan kanan dirapikan. Dia tersenyum puas hati. Lesung pipitnya terserlah. Ayu. Tidak hairanlah ramai jejaka menaruh hati padanya. Adawiyah lantas mencapai beg galas, buku dan botol air miliknya. Sebelum keluar dari bilik, sempat dia menyinggah beberapa saat dihadapan cermin. Adawiyah tersenyum sinis. ‘Nampak sombong. Checklist done!’ ujarnya dalam hati.                 “Mai! Saya di sini!”, terjahnya dari jauh sambil melambai. Qumairah yang baru perasan kedatangan Adawiyah meluru kearahnya memandangkan mereka sudah terlewat ke kuliah. Belum sempat Qumairah tiba disisi Adawiyah, seorang jejaka mendekati Adawiyah yang tidak lain tidak bukan. Salah seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati padanya. Adawiyah hanya memandang sebelah mata, atas dan bawah. Nampak kesombongan disitu.   ...

Story telling 1 : Lukisan Seribu Harapan

Kepala Aqilah menoleh kiri dan kanan. Lalu lintas tidak sesak. Kereta malah pantas sahaja seperti petir memancar membuatkan dia lama berdiri di bibir jalan. Bukannya tiada kenderaan hendak pergi ke seberang untuk membeli pesanan emak, tapi dia lebih selesa berjalan kaki sahaja melintasi kesibukkan jalan raya dari tempat parker kereta di hadapan galerinya. ‘Line clear!’ monolognya dalam hati. Laju saja dia mengangkat kaki dan melintasi jalan raya. ‘Terasa lama pula hendak melintas’ bisiknya dalam hati. Dari anak matanya, terlihat sebuah kereta yang berada dilorong tempat dia berdiri tidak kurang lajunya kelihatan…..                 “Arrghhhhhhhhhhhhh!!!!”, Aqilah menjerit sekuat hati. Tangannya menutup telinga. Kereta tadi sempat memberhentikan kereta sebelum merempuh tadi. Aqilah mengalirkan air mata. Tangannya sedikit tidak begerak. Pemandu kereta turun dan berulang kali meminta maaf dengannya. Bertanyak...

Terima kasih masa silam

  Bila sebut masa silam, mesti fikir kisah hitam atau zaman jahiliah seseorang. Kemon gaiss. Dunia baru. Buka kotak minda kita untuk jadi lebih luas pemilihan fikiran. Bila cerita dengan A, dia akan cakap kisah silam aku bla blabla bla dan nangis-nangis. Betul. Memang sedih . ada kisah yang sedih. Mungkin sebab menyesali perbuatan dulu. Ada yang berkata, kalaulah saya sedar dari dulu, tidak akan jadi begini. Kawan-kawan, jangan sempitkan pemikiran. Allah jadikan kita manusia berbeza daripada ciptaanNya yang lain dengan akal fikiran yang mampu diaplikasikan dengan baik. Baik, entri kali ini saya akan kongsikan betapa berharganya kisah silam. Kita putarkan kisah silam yang mungkin kita rasa tidak berguna itu kepada satu perkara yang bernilai. Kenapa? Saya berani cakap dalam hidup kita, setiap hari yang berlaku ada hikmah tersendiri sama ada kecil atau besar, sama ada sedar atau tidak sedar. Okay, itu buang tepi. Kerja kita, berfikir sejenak dan bersyukur. Okay, memang betul...

Jangkitan wabak POSITIF

Entri pada kali ini adalah kisah pengalaman saya dengan rakan-rakan yang membuat sesi kaunseling di Kolej untuk menyempurnakan tugasan tahun akhir kami. Selepas menghadam setiap respon daripada kaunselor, saya dapat menyimpulkan banyak perkara ataupun situasi yang kami sekumpulan hadapi. dalam perkongsian kali ini lebih mengambil skop yang terlalu besar dalam hidup. mungkin separuh, mungkin juga kesemuanya. kenapa saya katakan sedemikian? jom baca entri saya dibawah.           Sesi kaunseling ini telah dilakukan bersama 4 orang lagi sahabat lain yang telah bersepakat memilih topik perbincangan bertemakan kebimbangan. Kumpulan ini tidak mempunyai kebimbangan yang sama dinyatakan dalam sesi ini. Antaranya :          Halatuju pekerjaan selepas habis pengajian           Kekangan dalam sistem pengurusan masa diri sendiri            Membuat sesuatu keputusan     ...

Cerita Inspirasi 3: Makhluk Asing Tercinta

Dia   memandang penuh duka raut wajah ibu. Rambutnya yang kian bertambah uban diusap dengan lemah lembut. Sekali sekala ibu seakan meracau memanggil nama sesiapa sahaja disekelilingnya. Itu perkara biasa. Airmata Ulwan yang ditahannya sedari tadi jatuh setitis. Sedih melihat ibunya diperlakukan sebegitu.             “Wan..”, panggil seseorang dari arah luar bilik. Rupanya ayah. Dia menyahut. Seperti ada sesuatu ingin diperkatakan. Dari jauh kelihatan mulut mereka saling bertukar kamitnya. Perbicaraan semakin serius. Ulwan keluar daripada rumah dengan wajah yang agak tegang. Kunci motorsikal dicapai. Bunyi motorsikalnya perlahan-lahan hilang daripada pendengaran telinga.             “Ibuu!!!!!!!!”, jerit Ulwan yang terus membiarkan motorsikalnya jatuh di dada bumi. Dia terus mendapatkan ibunya yang sedang mempertahankan diri secara lemah lagaknya. “Pergiii!”, usir U...

Satu hari, satu pahala

Bismillahirrahmanirrahim.. Bila lihat kepada tajuk, mungkin ada yang salah faham. Satu hari satu pahala. Memang bukan kita tentukan nilai dan bentuk pahala tersebut. Tapi fahamilah ini adalah rumus untuk mendisiplinkan diri kita. Baik, saya terangkan kenapa satu hari satu pahala. Tajuk ni timbul dalam kepala otak saya, sebab sering berfikir. Apa yang sudah saya lakukan pada hari ini? Apa sumbangan saya kepada pembangunan diri? Apa sumbangan saya pada agama?? Bila saya terfikir? Titt tittt.. beberapa saat sebelum tidur.. selepas sehari sudah saya lalui. Kenapa selepas?? Kenapa tidak sebelum. Okay, mari beralih tempat di sebelum kejadian pula. Bagaimana situasinya? Situasinya dimana saya atau kita rancanglah satu rutin harian ikut tajuk tadi. Sebelum memulakan hari. "Okay , hari ini saya ingin beramal apa ya?" "okay, hari ini saya boleh sedekah apa ya?" Dan bermacam-macam lagi jenis persoalan yang boleh membuahkan idea kepada diri sendiri. Saya bagi contoh...

Kemarin, Hari ini dan Esok

Hari kemarin hari cuti. Hari ini hari kuliah. Hari esok belum pasti. Ada apa dengan kemarin, hari ini dan esok? Mari kita berkongsi. Kemarin- Hari cuti yang memenatkan. Aku bersengkang mata menyiapkan tugasan. Tapi jangan merungut dan pandang sahaja benda yang kita tidak suka sebagai satu bebanan. Allah firman apa? '....boleh jadi apa yg x disukaimu adalah yg terbaik utk kamu dan boleh jadi apa yg dsukai kamu adalah tidak baik buat kamu...' (QS) lebih kurang begitu maksudnya.. cari cari dan cari apa input kita akan dapat daripada aktiviti kita pada kemarin. Ini adalah sebagai pendorong utk diri sendiri. Memang kita tidak suka berpenat-penat menyiapkan tugasan. Tapi lain bagi orang yang memang minat melakukan perkara tersebut. Cuba dan cuba cari tahu apa yg tersirat sebenarnya Allah swt hendak sampaikan. Jangan pandang tidak suka kemudian tidak seronok. Jangan sahabat. Hari ini- Ada apa dengan hari ini? Hari ini kuliah. Aku berjalan kekuliah sea...

Ada apa dengan pengalaman

Pengalaman. Ada apa dengan pengalaman? Mungkin ada sesetengah manusia beranggapan masuk ke dunia kesusahan bagi mereka adalah musibah. Dan ada juga yang beranggapan bahawa itu adalah satu pelajaran. Kenapa pelajaran? Dalam dunia moden ni, memang banyak pengguna teknologi canggih. Dan saya percaya ada juga yang masih mengutamakan teknik atau kemahiran sedia ada.. itu maksud saya kesusahan .mungkin kerja manual. Sebagai contoh kerja-kerja rumah. Zaman sekarang sudah ada mesin basuh, pengering, malah mesin lipat kain. Jadi manusia kerjanya apa? Ini jenis Manusia yang mahukan kesempurnaan tanpa turun padang. Macam tiada kaitan.. emm tu perumpamaan. Bila kita tidak rasa susahnya sesuatu keadaan, kita tidak akan tahu betapa manisnya sebuah pengalaman. Ada diantara kita yang tidak suka bersusah-susah. Tapi ada yang menerima. Mungkin sebab hadirnya rasa syukur dengan apa yang ada. Ataupun mereka sedang menikmati indahnya pengalaman(biasanya keadaan sementara) . Pengalaman ni, segala yan...

Cerita Inspirasi 2 : Anak Jalanan

Setelah turun dari bas tadi , aku berjalan mencari kedai untuk membeli sedikit kudapan dan air untuk membasahkan tekak. Selesai tunaikan hak tekak, aku berjalan menuju kearah bustop yang nampaknya perlu melintasi kesibukan jalan raya sebanyak dua kali. Dari tadi langit seakan mulai berubah mendung. Aku syak hari nak hujan. Aku mempercepatkan langkah menghabiskan tujuan. Tapi takdir Allah lagi mendahului. Hujan turun dengan lebat serta merta. Aku terhenti dibawah teduhan panjang kemudahan awam tepi jalan raya.        Dalam hati aku berbisik ' aduh sedikit saja lagi'. hujan   datang dengan begitu lebat. Aku tak ada peluang. Kelihatan ada sudah manusia yang duduk di bustop. aku mula mengeluh. 'aduh sebentar lagi pasti penuh. Lalu aku hendak duduk dimana?'        Saat jalan raya kelihatan tenang, aku terus meluru ke seberang jalan. 'Alhamdulillah. berjaya akhirnya.' Aku mengemaskan kedudukan di tmpt duduk bustop...

Cerita Inspirasi 1 : Rumah Anak2 Yatim

         "Adik ! Tolong angkat barang boleh?", Kata si encik yang yang mengetuai. Mataku masih meliar disekeliling kawasan rumah anak yatim tersebut. Luas. Tapi nampak kosong. Aku bermonolog. Memang padanlah. Rumah anak yatim baru sahaja ditubuhkan disini.         "Oh. Disini rupanya baju-baju terpakai dirumah telah disedekahkan tadi", aku berkata-kata seorang diri. Aku kemudian mengangkat barang-barang masakan dan menuju kedapur. Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi ingin pergi. Ini merupakan hari terakhir aku mengikuti agensi awam untuk melaksanakan program amal di tempat-tempat tertentu. Sewaktu kakiku melangkah masuk ke dapur, seorang kanak-kanak penghuni rhmah tersebut meluru masuk sehingga terlanggar barang yang sedang aku angkat. Maka bergoleklah barang-barang tersebut dilantai dapur. Si adik yang melanggar tadi sudahpun tertiarap dilantai dan terkejut dengan apa yang telah dia lakukan. Dia bingkas bangun dan mengutip barang tad...

11 Cara simple buat apron raya 😜

Image
Assalamualaikum semua pembaca ! Okay hari ini sy mau share satu cara diy apron daripada kemeja. Kemeja pink ni. Cantik kn. Kalau raya nti kn org perempuan banyak ke dapur, kdg2 tidak cukup apron, mungkin ada yang hilang mood bertugas di dapur. Haha. Ok jadi sebelum memulakan proses penghasilan, peralatan atau bahan yang yang anda perlu ialah ; 1. Sehelai kemeja (kalau jenis baju lain yg rsa ssuai pun boleh) 2. Gunting 3. Mesin jahit. ( Sy guna mesin jahit mini ) Simple ! Sebelum mula, lihat dlu rupa sebelum. Seperti ini ; 1. Mula2, kerat kemeja menjadi bahagian seperti dalam gambar. Lipatan menandakan bhgian itu terpisah. 2. Bahagian bawah lengan perhatikan. Saya jatuhkan sedikit potongan seperti potongan apron. Anda bole ukur mengikut keselesaan saiz badan sndiri. Bahgian leher sy potong mnjadi spti dalam gambar. 3. Tadi bahagian depan ya. Sudah terpisah dengan helaian belakang. Ok, sekarang ambil helaian belakandg dan kerat beberapa bahagian seperti dlm gamba...