Cerita Inspirasi 3: Makhluk Asing Tercinta



Dia  memandang penuh duka raut wajah ibu. Rambutnya yang kian bertambah uban diusap dengan lemah lembut. Sekali sekala ibu seakan meracau memanggil nama sesiapa sahaja disekelilingnya. Itu perkara biasa. Airmata Ulwan yang ditahannya sedari tadi jatuh setitis. Sedih melihat ibunya diperlakukan sebegitu.
            “Wan..”, panggil seseorang dari arah luar bilik. Rupanya ayah. Dia menyahut. Seperti ada sesuatu ingin diperkatakan. Dari jauh kelihatan mulut mereka saling bertukar kamitnya. Perbicaraan semakin serius. Ulwan keluar daripada rumah dengan wajah yang agak tegang. Kunci motorsikal dicapai. Bunyi motorsikalnya perlahan-lahan hilang daripada pendengaran telinga.

            “Ibuu!!!!!!!!”, jerit Ulwan yang terus membiarkan motorsikalnya jatuh di dada bumi. Dia terus mendapatkan ibunya yang sedang mempertahankan diri secara lemah lagaknya. “Pergiii!”, usir Ulwan pada semua orang kampung. Dia memeluk ibunya dan membawa pulang ke rumah. Aku tahu ibu bukanlah orang yang baik sejak dahulu. Tapi siapa aku untuk menghukum. Semenjak Ibu jatuh sakit, semua orang menghukum ia satu karma dan balasan padanya. semenjak sakit, ibunya digelar makhluk asing oleh orang kampung. Dengan menipu duit orang, menjatuhkan orang lain, memfitnah. Itulah penjelasan orang kampung. Tetapi apakah aku boleh membuang dia sebagai Ibu? Hati kecewa semestinya ada. Tapi ibu juga pasti akan kecewa punya anak yang tidak bias menerimanya seadanya. Mulai dari hari itu aku meluangkan masa untuk menguruskan ibu.

            Usai menenangkan Ibu, Ulwan menghulurkan resit pembayaran pada ayah. Ayah tersenyum sambil mengatakan terima kasih padanya. Dia membiarkan ucapan itu tidak berbalas.

            “Usah berhutang kalau tidak berduit”, Sindirnya sambil berpaling dan meneruskan perjalanan masuk ke dalam biliknya. Ayah hilang senyuman dan tertunduk. Malam yang tenang tanpa racauan Ibu. Dia baru tersedar ada pesanan ringkas daripada teman sekerjanya.

            ‘Ulwan, lama lagikah kau bercuti? Bos dah bising. Cuti kau habis dah ni. teruk sangatkah Ibu kau? aku cadang kau berhenti sajalah kerja. Prestasi kau ni dah menurun. Kerja kau banyak tertangguh. Orang lain terpaksa ganti. Menyusahkan banyak pihak. Lagi-lagi Bos. Banyak bising’

Ulwan buntu saat membaca pesanan tersebut. Pilih kerja atau ibu?

            setelah selesai solat asar, Ulwan termenung duduk di tangga masjid. Tidak diduga Ulwan imam masjid kampung bertanyakan khabar ibu dan ayah. Sinis jawabnya. Ada lagi yang pedulikan keluarganya. Imam memujuknya untuk menerima keadaan. Ulwan tidak habis fikir tentang itu. Dia terus meluahkan apa yang dia rasa.
“ Pantaskah aku menerima balasan seperti ini? Aku tunaikan semua kehendak ibu ayah. Kenapa?”. Imam menggeleng, tersenyum dan membalas rungutan Ulwan.
“Apakah kamu pasti sudah tunaikan?”, Ulwan kehairanan sambil beralih memandang Imam. “Bila kamu menyatakan persoalan tersebut, maka kamu belum menerima keadaan sebenarnya. Kamu selalu bertanya kenapa kamu hadapi perkara ini. Tetapi sedikit kamu bertanya pada diri apa lagi yang kurang aku tunaikan. Menurut cerita kamu, kamu kelihatan terbeban dengan hutang ayahmu. Kamu lupa ayahmu Cuma petani? Tidak berduit banyak untuk membeli keperluan. Lalu mengapa perlu kamu mengeluh untuk menyara mereka sedangkan tidak pernah terkurang sedikitpun daripada keperluanmu ketika mereka menjagamu. Allah mengujimu untuk harta kekayaan pangkat dan segalanya. Tanya dalam diri, adakah kamu ikhlas tinggalkan semua itu demi ibumu, atau sekadar risau diperkatakan orang dirimu derhaka? Jawapan ada pada diri kamu. Bukan pada saya”. Imam itu menepuk bahu Ulwan beberapa kali dan memberi salam lalu berpergian.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?