Jangkitan wabak POSITIF

Entri pada kali ini adalah kisah pengalaman saya dengan rakan-rakan yang membuat sesi kaunseling di Kolej untuk menyempurnakan tugasan tahun akhir kami. Selepas menghadam setiap respon daripada kaunselor, saya dapat menyimpulkan banyak perkara ataupun situasi yang kami sekumpulan hadapi. dalam perkongsian kali ini lebih mengambil skop yang terlalu besar dalam hidup. mungkin separuh, mungkin juga kesemuanya. kenapa saya katakan sedemikian? jom baca entri saya dibawah.


          Sesi kaunseling ini telah dilakukan bersama 4 orang lagi sahabat lain yang telah bersepakat memilih topik perbincangan bertemakan kebimbangan. Kumpulan ini tidak mempunyai kebimbangan yang sama dinyatakan dalam sesi ini. Antaranya :
  •         Halatuju pekerjaan selepas habis pengajian
  •          Kekangan dalam sistem pengurusan masa diri sendiri
  •           Membuat sesuatu keputusan
  •          Tahap keyakinan dalam sesuatu perkara

Pada awalnya, ahli kumpulan ada menjawab tentang apakah itu kaunseling yang dikatakan ‘menolong orang’. Satu persatu luahkan perkara yang dibimbangkan. Diskusi berjalan seperti biasa. Kaunselor bertindak sebagai pendengar yang baik. Bagi saya, semua orang mesti kaunseling cuma tidak menjadi keperluan. Pada pertengahan sesi saya dapat memahami, kaunseling bukanlah membantu individu. Kaunseling ialah membimbing. Kerana yang membantu diri individi adalah dirinya sendiri. Kenapa saya katakan demikian? Sebenarnya individu tahu apa yang dia perlu buat dalam masalah dia. Cuma kemampuan yang ada tidak pernah dipraktikkan.

Pendapat saya lagi, kenapa orang mesti dapatkan sesi kaunseling? Kerana dalam sesi ini dapat memberikan input atau aura positif yang mungkin dapt menolak aura negatif yang ada dalam diri individu. Dalam diri saya sendiri dapat semangat baru untuk teruskan matlamat hidup tanpa beralasan. Sebab? Hendak, seribu daya. Tak hendak memang seribu dalih. Kaunselor ada mengingatkan tentang kata-kata motivasi ‘ciri-ciri orang yang gagal adalah orang yang selalu beralasan’. Mulai dari saat itu, saya nampak aura negatif yang perlu saya buang dalam diri. Tanya pada diri sendiri. Kenapa orang lain boleh kenapa saya tidak boleh?
Dalam sesi ini juga saya dapat belajar tentang rangkaian positif. Apa itu rangkaian positif ? kita tarik satu sifat positif dalam diri, insya-Allah sifat positif lain sedang merangkak perlahan-lahan masuk dalam diri. Bila sifat itu datang, benarkanlah. Jangan tolak. Bagaimana? Terima itu adalah disiplinkan diri. Contohnya? Disiplin untuk on time dalam semua perkara. Belajar malu dengan diri sendiri bila terlewat. Contoh lain, tanam sifat sabar dalam diri dalam semua perkara. belajar untuk menghargai orang lain. Belajar untuk sombong dengan sifat malas.

Dalam sesi, kaunselor ada bertanya tentang faktor perkara-perkara kebimbangan tadi. Akhirnya ahli kumpulan dapat menjawab persoalan sendiri. Kesimpulan saya disini, akan ada individu yang tidak sedar kemampuan diri sendiri sehingga dia mencuba. Memang mudah berkata berbanding lakunya. Tapi boleh tanya pada diri sendiri tentang faedah sesuatu perkara. Apakah ia sia-sia? Jawapan ada pada diri sendiri. Di akhir sesi, ada satu kesimpulan daripada kaunselor yang masih segar dalam ingatan iaitu ‘bukan orang lain yang boleh membantu kita. Tapi diri sendiri yang boleh bantu diri sendiri. Jika kita mahu, kita mesti memberi. Sebelum kita memberi, kita mesti mempunyai’. Sangat memberi inspirasi.

Melalui sesi ini juga saya dapat belajar untuk mengelaskan keutamaan diri. melalui pengelasan tersebut, dapatlah bina peribadi diri dan menjadikan diri lebih berdisiplin. Perkara yang menjadi masalah dalam diri sebenarnya adalah daripada diri sendiri. harus bentuk diri sendiri untuk membentuk perkara yang mendatang pada diri. secara tidak langsung, saya dapat belajar apa itu berdikari. Pengalaman dan cara kita mendidik diri juga boleh mematangkan diri. bila dapt mendidik diri, automatic diri akan terdidik untuk menerima qada’ dan qadar iaitu ketentuan Allah pada situasi-situasi tertentu. Sekarang jelas bukan. Ia adalah rangkaian positif. Benarkan. Jangan tolak. Ia bermula daripada? Disiplin diri. sekarang, letak matlamat sebagai pelajar dalam keutamaan untuk mencapai matlamat.


nota kaki : sesiapa nampak wabak positif dalam entri ini, komen YES please!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?