Terima kasih masa silam



 Bila sebut masa silam, mesti fikir kisah hitam atau zaman jahiliah seseorang. Kemon gaiss. Dunia baru. Buka kotak minda kita untuk jadi lebih luas pemilihan fikiran. Bila cerita dengan A, dia akan cakap kisah silam aku bla blabla bla dan nangis-nangis. Betul. Memang sedih . ada kisah yang sedih. Mungkin sebab menyesali perbuatan dulu. Ada yang berkata, kalaulah saya sedar dari dulu, tidak akan jadi begini. Kawan-kawan, jangan sempitkan pemikiran. Allah jadikan kita manusia berbeza daripada ciptaanNya yang lain dengan akal fikiran yang mampu diaplikasikan dengan baik.

Baik, entri kali ini saya akan kongsikan betapa berharganya kisah silam. Kita putarkan kisah silam yang mungkin kita rasa tidak berguna itu kepada satu perkara yang bernilai. Kenapa? Saya berani cakap dalam hidup kita, setiap hari yang berlaku ada hikmah tersendiri sama ada kecil atau besar, sama ada sedar atau tidak sedar. Okay, itu buang tepi. Kerja kita, berfikir sejenak dan bersyukur.
Okay, memang betul kisah silam kita itu ada kalanya memalukan, menyedihkan menyesakkan dada. Nasihat saya, jangan cari gaduh dah dengan masa silam. Maafkanlah dia dan berdamailah dengannya. Insya-Allah hidup akan lebih tenang selepas ini. Haaa satu lagi, memaafkan bukan bererti melupakan. Kalau melupakan, tidak ingat langsung, amnesialah kita semua nak! Oleh itu perkara utama adalah berdamailah, terimalah dan hargailah masa silam kita.

Mungkin salah satu caranya ialah. Cuba kita fikirkan hikmahnya sekarang. Jangan merasa diri terlalu jahil bila tahu kebenaran. Malah ucaplah terma kasih dan Alhamdulillah. Kalau bukan kerana hadirnya kisah silam yang Allah tetapkan  mungkin bukan begini jalan hidup kita. Bukan begini? Mungkin sampai sekarang tidak sedar kita salah. Mungkin. Mungkin saja. Nauzubillahiminzalik.

At-Tirmizi meriwayatkan yang bermaksud , Daripada Abu Hurairah RA, bersabda: “Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada  Allah.”

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?