Cerita Inspirasi 1 : Rumah Anak2 Yatim

         "Adik ! Tolong angkat barang boleh?", Kata si encik yang yang mengetuai. Mataku masih meliar disekeliling kawasan rumah anak yatim tersebut. Luas. Tapi nampak kosong. Aku bermonolog. Memang padanlah. Rumah anak yatim baru sahaja ditubuhkan disini.
        "Oh. Disini rupanya baju-baju terpakai dirumah telah disedekahkan tadi", aku berkata-kata seorang diri. Aku kemudian mengangkat barang-barang masakan dan menuju kedapur. Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi ingin pergi. Ini merupakan hari terakhir aku mengikuti agensi awam untuk melaksanakan program amal di tempat-tempat tertentu. Sewaktu kakiku melangkah masuk ke dapur, seorang kanak-kanak penghuni rhmah tersebut meluru masuk sehingga terlanggar barang yang sedang aku angkat. Maka bergoleklah barang-barang tersebut dilantai dapur. Si adik yang melanggar tadi sudahpun tertiarap dilantai dan terkejut dengan apa yang telah dia lakukan. Dia bingkas bangun dan mengutip barang tadi dan laju saja meminta maaf padaku. Aku hanya tertawa kecil dan mengarakan perkara itu biasa.
          Daripada insiden bermulalah hubungan akrab aku dan si adik tadi. Siti. Namanya siti. Siti berasal dari kampung yang agak jauh daripada Rumah ini. Dia setia menemaniku memasak didapurm senang didekati. Usai memasak, aku beramah mesra dengan warga Rumah.
           Selesai majlis berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan tarawih, akuaku ma beramah mesra dengan kanak-kanak. Mungkin ada yang menganggap ziarah ini satu perkara biasa. Ziarah ini satu perkara sekadar ziarah. Tetapi aku? Banyak sekali aku belajar daripada kanak-kanak disini.

           Adakalanya aku terdengar. ''wahhh sedapnyaa. Kakak masak sedaplah. Jarang sekali kami makan sesedap ini kalau berada di kampung." Riak wajahnya mulai kelihatan sedih. Mungkin teringat kampung halaman dan arwah ibu bapa. Aku turut sedih. Aku mula rasa rindu dengan kedua ibu bapa.

           Pernah kutegur Siti.' Wahh cantiknya baju!' dia lantas tersenyum dan berkata " Siti suka sangat baju ni. Walaupun ada robek sedikit, tapi tetap masih boleh dipakai. siti bersyukur sangat sebab baju seperti ini Mak ayah tak mampu belikan. Siti suka sangat baju seperti ini . Kakak tahu tak. Dulu siti selalu doa supaya mak ayah cukup duit untuk belikan baju seperti ini. Tapi Allah tu Maha mendengar doa hambanya kan kakak. Walaupun permintaan seperti dalam doa saya tidak tertunai, Allah tahu apa yang saya mahukan dan perlukan. " Dia tersenyum dan meneruskan kerjanya.

           Penghuni Rumah sudah kelam kabut masuk kedalam surau untuk berjemaah. Disiplin masa katanya. Aku masih berjalan berlenggang menuju ke surau. Semua sudah masuk. Kecuali yang seorang ini. Dia yang termengah-mengah masuk kedalam tapi keluar kembali. Apa yang aku lihat sangat kukagumi. Dia menyusun selipar diluar surau. Satu persatu kemudian baru masuk kedalam. Aku tersenyum haru.

Benarlah "jika kita rasa tidak punya apa-apa, pandangalah yang berada dibawah." Dengan itu kita kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Alhamdulillah. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi ambillah inti daripada pertemuan untuk terus menghasilkan kehidupan yang kebikebih berkualiti. Wallahualam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?