11 Cara simple buat apron raya 😜

Assalamualaikum semua pembaca ! Okay hari ini sy mau share satu cara diy apron daripada kemeja. Kemeja pink ni. Cantik kn. Kalau raya nti kn org perempuan banyak ke dapur, kdg2 tidak cukup apron, mungkin ada yang hilang mood bertugas di dapur. Haha. Ok jadi sebelum memulakan proses penghasilan, peralatan atau bahan yang yang anda perlu ialah ;

1. Sehelai kemeja (kalau jenis baju lain yg rsa ssuai pun boleh)
2. Gunting
3. Mesin jahit. ( Sy guna mesin jahit mini )

Simple ! Sebelum mula, lihat dlu rupa sebelum. Seperti ini ;
1. Mula2, kerat kemeja menjadi bahagian seperti dalam gambar. Lipatan menandakan bhgian itu terpisah.


2. Bahagian bawah lengan perhatikan. Saya jatuhkan sedikit potongan seperti potongan apron. Anda bole ukur mengikut keselesaan saiz badan sndiri. Bahgian leher sy potong mnjadi spti dalam gambar.


3. Tadi bahagian depan ya. Sudah terpisah dengan helaian belakang. Ok, sekarang ambil helaian belakandg dan kerat beberapa bahagian seperti dlm gambar. 
                      

4. Ambil bahagian lengan utk mbuat potongan saiz kecil poket mngikut kemahuan masing2. Pastikan bahgian atas potongan poket adalah bhgian jahitan hujung lengan. So tidak perlu kelim . Jimat tenaga dan masa. Ok, rupa potongan tu boleh lihat di gambar kedua.



5. Keratan bahgian belakang tadi sy ambil utk jadikan skirting bhgian bawah apron dan buat lipatan mcm dlm gmbr. Ini adalah gambaran apron anda nanti.


6. Lebihan keratan bahagian belakang anda potong lagi utk dapatkan 3 helaian. Pstikan potongan x terlalu besar utk jimat kain dan tidak terlalu kecil utk mudah dijahit nanti. 3 helai kain tu nti buat tali kiri kanan apron dan bahagian leher.


7. Lebihan keratan tali td kerat lg mcm dlm gmbr utk buat kelim keliling apron. Sy buat 6/5 keratan utk sempurnakan kelim. 


8. Apron yg sudah siap d cantum bhgian atas dan skirt seterusnya siap kelim.


9. Utk siapkan poket, sy sediakan pola poket daripada kad manila utk mudahkan pembentukan. Iron tepi kain mngikut saiz pola poket yg anda buat. 


10. Setelah jahit kemas 3 helai kain td, cantumkan d tempat yg dtntukan. Jadilah begini. Tadaa. Ok. Tggal lg poket utk cantum. 


11. Poket td jahit dr bhgian luar mcm jhit poket sllu. Kemaskan kedudukan poket dulu. Pin kan dan jhit perlahan2 spya jahitan nmpk kemas (sbb jhitan klihatan d luar. Klu x kemas nampak x cntik.  Dan tadaaaa.. apron raya kita sudah siap. 



Boleh cuba semua.. boleh tambah koleksi. Kemeja yg ni sy beli d kedai pakaian murah. Rm6 ja.. mula2 bkn cr kemeja utk buat apron.. cuci2 mata, terpandang kemeja pink ni. Memandangkan diri ini mencintai colour pink, sy beli dan dan nampak masa depan kemeja ni jni jadi apron. 

Okay, sekian sahaja cara diy baju kemeja jadi apron. Harap2 dpt membantu anda. Sekian, wassalam. Wallahua'lam.

*Penjodoh bilangan helai /potong td betul kah? 😅 . Dimaafkan ba kn.





Comments

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?