Pujuk Hati ~ (Ramadhan Atau Syawal ?)




Assalamualaikum semua pembaca. Kali ini saya mau share sesuatu tentang ramadhan memandangkan kita sedang menjalankan ibadah puasa dalam tahun 2019 ini. Ok, tidak banyak yang perlu ditulis. Nanti pembaca tidak minat mau baca.

Baik, Ramadhan. Pandangan dan cara menjalani  ibadah puasa adalah berbeza setiap individu. Semua tahu. Atau mungkin ada yang belum memahami. Cara yang bagaimana? Si miskin dan si kaya? Mungkin ya tapi bukan begitu. Ada yang memandang ramadhan sebagai masuk fasa bermalas malasan. Sedangkan sepatutnya sebaliknya kita kena lakukan. Ada yang bila sebut tentang Ramadhan, terus berfikir tentang sambutan hari raya. Sama lah seperti saya. Haha. Allah. Tapi tidak bermakna lupa pada tujuan asal Ramadhan. Insya-Allah.

Perantau :

Kenapa tajuk saya perantau? Sebab seperti biasa mesti akan ada individu yang tidak dapat berpuasa bersama keluarga tersayang atas sebab kerja ataupun tanggungjawab sebagai pelajar. Paling menyedihkan, sepanjang Ramadhan berada diperantauan sehinggalah Aidilfitri. Pernah rasa? Saya pernah. Tahun pertama datang ke semenanjung semasa bulan Ramadhan. Mesti terfikir tentang raya bukan?WAJIB ! sedih bukan kepalang dapat tahu tidak dapat sambut hari raya bersama keluarga tersayang. Tapi apa diri ini mampu buat? Pujuklah diri sendiri dengan :-
  • ·         Katakan pada diri, saya sedang belajar mengenali erti pengorbanan.
  • ·         Tanam dalam diri yang Allah ingin berikan sesuatu untuk kita.
  • ·         Kenapa adanya Ramadhan? Tanya diri sendiri. Jawab dan hadam. Adakah syawal lebih penting berbanding meraih keistimewaan Ramadhan?
  • ·         Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
  • ·         Mesti ada hikmah.
  • ·         Katakan pada diri, ini adalah pengalaman. Pengalaman tidak dapat dibeli.
  • ·         Katakan pada diri, saya ada tujuan berada disini.
  • ·         Fahamkah apa itu sabar? Fahamilah dan cubalah untuk terus positif untuk kekalkan kesabaran.
  • ·         Biasakan diri bersangka baik dengan Allah swt. Apa yang berlaku, itu kerana Allah ingin ajarkan saya sesuatu.

Ramadhan atau Syawal menjadi keutamaan kawan-kawan? Dua2 penting. Yes. Cuma kena buka minda tentang kehidupan. Kalau inginkan keindahan hidup semata, itu syurga. Bukan dunia yang keyataannya kita diami sekarang.
Mungkin ada yang bersedih ketika laungan takbir malam raya. Itu normal, sebab Allah telah hadiahkan kita nikmat kasih sayang dalam keluarga. Alhamdulillah. Sentiasa bersyukur, sentiasa bersabar dan sentiasa memaafkan orang lain itulah kunci kejayaan. 

Wallahua’alam. Wassalam.

Psstt ! entri ni ditulis pada Ramadhan lalu. *sia lupa post dalam blog bei. ^.^

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?