Cerita Inspirasi 2 : Anak Jalanan
Setelah turun dari bas tadi , aku berjalan mencari kedai untuk membeli sedikit kudapan dan air untuk membasahkan tekak. Selesai tunaikan hak tekak, aku berjalan menuju kearah bustop yang nampaknya perlu melintasi kesibukan jalan raya sebanyak dua kali. Dari tadi langit seakan mulai berubah mendung. Aku syak hari nak hujan. Aku mempercepatkan langkah menghabiskan tujuan. Tapi takdir Allah lagi mendahului. Hujan turun dengan lebat serta merta. Aku terhenti dibawah teduhan panjang kemudahan awam tepi jalan raya.
Dalam hati aku berbisik ' aduh sedikit saja lagi'. hujan datang dengan begitu lebat. Aku tak ada peluang. Kelihatan ada sudah manusia yang duduk di bustop. aku mula mengeluh. 'aduh sebentar lagi pasti penuh. Lalu aku hendak duduk dimana?'
Saat jalan raya kelihatan tenang, aku terus meluru ke seberang jalan. 'Alhamdulillah. berjaya akhirnya.' Aku mengemaskan kedudukan di tmpt duduk bustop. Aku terpandang manusia yang mendahuluiku tadi. Baju mereka kelihatan selekeh dan lusuh. Kelihatan seorang menangis. Seorang lagi sedang menenangkan lagaknya. Seorang lagi sedang vercekak pinggang dan kelihatan riak wajahnya serius. 'Ohh anak jalanan rupanya'. Akh berbicara dalam hati.
"Adik cuma lapar. Perut adik sakit. Adik bukannya tak faham abang....", Yang mennagis tadi bersuara. Dia kemudian mengusap air mata. Aku yangdari tadi rancak mengunyah terhenti. Riak muka aku sendiri bertukar.. Allahu ! Lapar? Mereka sedang berbalas-balas hujah. Si abang marahkan adiknya kerana mendesak hendak makan. Tetapi si abang berkata hari ini tak ada restoran pun yang mahu pekerja tambahan. Si kakak yang lembut sedang menenangkan keduanya. Memujuk si adik dengan setangkai gula-gula yang aku rasa dia simpan dan setiap kali adiknya merungut, dia berikan sebagai pujukan. Tetapi pada kali ini tidak dapat menenangkannya. Si abang terus berkata tegas untuk bersabar, hari hujan dan mustahil akan dapat makanan dalam masa terdekat. Aku mendekati mereka.
" Siapa kata mustahil?", Mereka sedikit terkejut walaupun sedari tadi aku berada disitu, namun tiada siapa yang perasan aku mendekati mereka. "Adik, kakak beli banyak makanan, tetapi tak dapat habiskan sorang-sorang. Ni kakak berikan pada adik-adik ya. Ambillah",aku sambil tersenyum. Mereka memandang aku lama sedikit tanpa sebarang respon sebelum menyambut huluranku dan mengucapkan terima kasih banyak kali.
Sedih ketika mereka ceritakan sudah hampir 3hari tidak makan. Aku? 3hari lauk yang sama dirumah, aku mula membebel kata tidak ada seleralah, muaklah. Allah. Aku terus mendoakan agak anak-anak ini terus berada dibawah lindungan Rahmat Allah swt. Mungkin esok bukan aku yang berikan makanan, tetapi insan lain kiriman tuhan.
Benarlah.. dalam reseki kita, ada rezeki orang lain. Mula muhasabah diri tentang erti sebenar bersyukur. Terima kasih Allah yang telah menghantar anak jalanan kepadaku untuk mengajar erti bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment