Meniru yang Halal ???


Teringin bukan jadi individu yang menarik? Sudah semestinya. Kalau lihat kebiasaan kita, bila seseorang ini telah berjaya, mesti soalan masyarakat yang wajib adalah ; apakah rahsia anda? Benar bukan? Bukan hanya berjaya dalam akademik. Dalam kerjaya, bisnes dan macam-macam lagi. Cuma kita fokuskan kepada akademik khususnya. Kenapa? Sebab penulis juga seorang pelajar. Adakalanya, mindset kita terbentuk dengan pengaruh yang besar adalah zaman bergelar pelajar. Sebab zaman ini lah kita berpeluang jumpa ramai jenis manusia di muka bumi ini. Baik, entri kali ini kita akan bercerita tentang ‘MENIRU YANG HALAL’ . persoalannya adakah peniruan yang halal? Dalam konteks kejayaan akademik kali ini bukanlah menjurus kepada peniruan peperiksaan. Tidak. Tapi kali ini saya akan share something yang menjadi panduan saya sendiri iaitu meniru.
            Setiap seseorang, mesti ada insan yang dia kagumi betul? Yang menjadi role model. Mengapa dia kagum? Mestilah kerana sifat individu tersebut yang menarik perhatiannya. Mungkin juga seorang senior yang peramah dan rajin serta disenangi semua. Mungkin juga si classmate yang cemerlang akademik dan peribadinya. Mungkin juga seseorang yang hebat dalam dunia kepimpinannya. Ini adalah berbeza mengikut kekaguman individu. Mungkin pada saya, saya kagum dengan individu yang rajin tanpa alasan dan nilai disiplin yang amat tinggi. Saya lihat pada cara percakapan. Saya tiru. Saya lihat pada cara pembentangan sesuatu, saya tiru. Saya lihat pada pengurusan hariannya, saya tiru.
            Tapi ingat kawan-kawan, bukan semua dapat aplikasikan dengan serupa. tapi aplikasikan dalam cara sendiri. Contohnya, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi.. ehh, ternyanyi pula. Bangun awal pagi adalah rutin harian si role model. Kita pun ikut. Cuba untuk berterusan sebagai tarbiyah diri. Ini contoh boleh ditiru. Tetapi untuk cara bercakap, contohnya.. tidaklah dapat ditiru. Tetapi ambillah nilai yang kita Nampak daripada luaran. Seperti gaya, Bahasa, tahap keyakinan dan lain-lain.
            Kalau selalunya tugasan kita adalah antara yang terlewat untuk menghantar, kenapa tidak kita tiru role model kita itu tadi untuk siapkan lebih awal? Caranya..bukan tiru tugasannya. Memang agak sukar. Tetapi untuk berjaya, tidak ada lift ya kawan-kawan. Memerlukan tangga usaha sehingga berjaya. Cuba untuk tetapkan target bagi setiap usaha. Sekali lagi, teruskan usaha untuk membentuk diri sendiri. Kerana diri sendiri yang mampu bantu diri sendiri.


sekian perkongsian. semoga bermanfaat. =)
aksara_anna

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?