Cerita Inspirasi 4 : Kasih Ibu


Zaimah mengintip dari jauh. Wanita tua itu sedang berusaha mengutip buah yang berjatuhan daripada pokok, sedang tangannya memegang pinggangnya yang kelihatan sakit. Kaki kiri Zaimah diangkat tanda teringin ke situ. Membantunya. Memeluknya. Namun belum sempat sepasang langkahnya lengkap, dia memutuskan untuk biarkan saja. Cepat saja otaknya membuat keputusan untuk pergi. Dia berpaling kemudian berjalan.
            “Aduh!”, wanita tua itu tadi terduduk jatuh. Tanpa menunggu hati dan otak berbincang sama ada pergi atau tidak, Zaimah laju mendapatkan wanita tua itu tadi.
            “Ibu! Ibu!. Ibu tidak apa-apa? Mana sakit Ibu? Boleh Imah lihat mana luka?”, tingkah Zaimah yang itu risau menyebabkan Wanita tua itu tadi terdiam dan melihat saja wajah anak perempuannya itu. Tidak lama mereka berpandangan. Muka wanita tua itu tadi terus membengis.
            “Pergi! Kau siapa? Aku tidak ada anak perempuan! Berani kau masuk ke dalam Kawasan rumah aku! Pergi kau dari sini sebelum aku khabarkan kepada semua orang kampung, ada penjahat disini!”, kata-kata ibunya membuatkan Zaimah menitiskan air mata.
            “Ibu…”, panggil Zaimah dengan sayu sambil teresak-esak. “Ibu….”, panggilnya lagi. Ibunya hanya berjalan menuju ke rumah sambil terhinjut-hinjut  dek kakinya yang sakit. Zaimah masih berusaha untuk mendekati ibunya. Namun tindakan ibunya yang agresif membuatkan Zaimah kemudiannya membatalkan niat. Wanita itu seperti gila menghalau anak perempuannya sendiri.
*
            “Semenjak daripada itu, makcik tak pernah balik rumah jumpa Ibu makcik lagi?”, tanya Farhana kepada Zaimah selepas diceritakan kisah lampau hidupnya. Zaimah hanya menggeleng kemudian sedikit bersuara.
            “Kecuali pada hari pengebumiannya. Tetapi semua sudah terlambat”, matanya mula berkaca-kaca. “Makcik tidak sempat meminta ampun padanya”, tangisnya sudah mula mempengaruhi wajahnya. Kelihatan tangisnya sungguh-sungguh. Farhana mendekati kemudian memeluk Zaimah. Mengusap belakang Zaimah.
            “Makcik mesti kuat. Semua terjadi ni bukannya sia-sia. Kalau makcik kata makcik tak ada gunanya hidup, tu. Nadhirah”, Farhana menunjuk kanak-kanak 9 tahun yang bermain di hadapan surau. “Makcik masih punya tanggungjawab.” tangis Zaimah sudah mula reda dengan pujukan Farhana. Bijak sekali berkata-kata.
“Mungkin ini balasan untuk makcik. Dulu makcik yang pergi tinggalkan Ibu. Kemudian anak kandung makcik sendiri buat dekimian dengan makcik.”, Zaimah menitiskan sisa-sisa tangisnya tadi. Dalam setitis dua juga air matanya berbaki.
“Walaupun  anak makcik sudah tinggalkan makcik, tapi Allah biarkan cucu makcik, Nadhirah masih dengan makcik. Untuk meraih kekesongon hari-hari makcik. Setiap apa yang Allah anjurkan bukannya sia-sia. Mesti ada kebaikannya makcik. Semua manusia ada kesilapan. Tapi tidak semua mempunyai kesedaran.”, Panjang lebar lagi pujukan Farhana pada Zaimah membuatkan mereka tersenyum. Nadhirah kemudian datang pada mereka menunjukkan hasil permainannya sebentar tadi. Walaupun ditinggalkan kedua ibu bapa, namun nadhirah tetap tersenyum bahagia menjalani hari-hari Bersama neneknya sahaja. Laungan azan solat fardhu asar di surau menghentikan perbualan kosong mereka. Lantas masing-masing mengajak menunaikan solat.

Idea asal : Muhammad Saiful Asyraf Suhaimi.
*nama watak adalah nama kenalan penulis. Tidak berniat untuk menyifatkan sifat watak. Cuma sebagai penghargaan untuk dimasukkan ke dalam catatan pendek ini.

Terima kasih kerana menyokong ~ ~ jazakallahu khairan khathira. =)
Salam sayang dari penulis, Anna Amelia =)

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?