Story Telling 2 : Syarat untuk bakal suami


Juntaian tdung kirinya dililitkan ke atas kepala. Tangannya yang lembut mengemaskan tudung sesuai syarak. Lipatan kiri dan kanan dirapikan. Dia tersenyum puas hati. Lesung pipitnya terserlah. Ayu. Tidak hairanlah ramai jejaka menaruh hati padanya. Adawiyah lantas mencapai beg galas, buku dan botol air miliknya. Sebelum keluar dari bilik, sempat dia menyinggah beberapa saat dihadapan cermin. Adawiyah tersenyum sinis. ‘Nampak sombong. Checklist done!’ ujarnya dalam hati.
                “Mai! Saya di sini!”, terjahnya dari jauh sambil melambai. Qumairah yang baru perasan kedatangan Adawiyah meluru kearahnya memandangkan mereka sudah terlewat ke kuliah. Belum sempat Qumairah tiba disisi Adawiyah, seorang jejaka mendekati Adawiyah yang tidak lain tidak bukan. Salah seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati padanya. Adawiyah hanya memandang sebelah mata, atas dan bawah. Nampak kesombongan disitu.
                “…… lelaki kaya. Bukan macam kau. Tak kaya kan?”, terdiam Qumairah mendengarnya. Hanya hujung perbualan saja dia terdengar. Tapi sudah tentu dia fham apa yang Adawiyah sampaikan kepada jejaka itu tadi. Muka si jejaka bertukar kelihatan malu dan kecewa. Kedengaran siswi-siswi dibelakang sedang memperkatakan Adawiyah berikutan adegan tadi. Qumairah menarik tangannya serta merta.
                “Apa lagi awak cakap dekat Syamsul tu?, kesian budak tu la Wiyah”, Adawiyah hanya menjeling tidak puas hati.
“ Saya dah bagitahu dah kat semua orang tu. Saya tak akan terima lelaki yang tak kaya, tak boleh bagi saya cash 50k, tak ada rumah, taka da kereta. Sibuk sangat nak kat saya tapi miskin. Tak boleh bagi apa pun. Susah sangat kah?”, balasnya dengan nada tegas pada Qumairah. Qumairah hanya menghela nafas dan terus memeluk Adawiyah. Adawiyah menitiskan air mata. Tahu sangat Qumairah dengan perangai temannya itu.
“Tapi bukan begitu Wiyah, semua orang akan menyampah dengan sikap awak”, pujuk Qumairah. Adawiyah terus meleraikan pelukan.
“No. Tak boleh. Itu semua kan demi kebaikan saya Mai”, terangnya. Qumairah tersenyum.
“Yes awak. But not for Amin ok?”, pujuk Qumairah. Kening Adawiyah kelihatan berkerut.
*
Sorry, saya akan pandang semua tu bila awak boleh buktikan cinta awak pada saya dengan duit hantaran 50k. mampu? Orang kaya saja mampu.

                “Sent!”, Adawiyah tersenyum sinis. Qumairah masuk ke bilik Adawiyah dengan wajah agak sedikit tegang.
                “Wiyah, awak cakap apa pada Amin?”, tanya Qumairah agak tegas pada Adawiyah.
                “Amin? Kawan awak tu? Ta…tak cakap apa-apa pun”. Jawabnya.
                “Jangan tipulah Wiyah”, tegas Qumairah. “Dengan cara awak macam ini, bukannya mendatangkan faedah semata. Mudarat pun ada juga. Fikirlah wiyah.”, Qumairah ternyata sedikit terasa dengan sikap Adawiyah. Dia menyangka Adawiyah akan berubah bila dia kenalkan dengan Amin, lelaki yang dia yakin baik. Tapi sebaliknya juga berlaku. Adawiyah tetap dengan prinsip kejamnya. Hanya menerima lelaki yang mempunyai simpanan sendiri sebanyak 50k untuknya, ada kereta, ada rumah. Memang tak ada pelajar yang mampu semua itu. Itulah point utamanya. Agar tiada siapa berani dekati dirinya dalam usaha dia menjaga hatinya daripada mencintai jejaka yang belum pasti.
                “Awak cakap apa ni Mai?”, Adawiyah terus berdiri membela dirinya. “Awak tahu kan kenapa saya buat semua ini? Awak tak ingat kah apa yang arwah Muiz telah buat pada saya?”, terang Adawiyah pada Qumairah tentang bekas tunangnya yang telah berlaku curang dan akhirnya meninggal beberapa lama setelah mereka memutuskan pertunangan. “Hati ni. hati saya ni hancur sehancurnya awak takkan faham. saya sedar hakikat cinta. mungkin perasaan cinta saya pada arwah Muiz dulu keterlaluan dan Allah tarik semua tu. Mungkin tiba masa saya jaga hati dan perasaan saya untuk yang berhak bila tiba masanya nanti. Dan apa yang saya buat sekarang ni jalan yang saya pilih.  Saya dah reject semua lelaki dan pilih Amin tutup mata saja? Wah untungnya”, hujahnya kini begitu memuncak tegang. Qumairah yang tadi memalingkan muka, pantas  memandang Adawiyah ketika habis berhujah.
                “Awak tak percayakan saya Wiyah?”, riak muka Qumairah bertukar sedih kecewa.  ada beberapa titis air mata melalui pipinya. Adawiyah mengeluh kesal kerana terkasar bicara. “Amin tu sebaik-baik orang saya cuba temukan dengan awak”.
                “Lihatlah. Arwah Muiz pun awak yang kenalkan. Baik. Arwah memang baik. Tapi kami tak ada jodoh. Saya percayakan awak sebabtu saya percayakan Muiz…..”, Dia terdiam seketika “… Tapi pada awalnya saja”, Air mata Adawiyah akhirnya tumpah. namun wajahnya masih terpapar keegoan. Mereka saling berpandangan diam dalam beberapa saat. 
                “So betullah awak memang tak percayakan saya?”, tanya Qumairah perlahan. Adawiyah terdiam. Qumairah hanya mengangguk tanda faham dan kemudian pergi.
*
Dari jauh, matanya memandang Qumairah yang sedang bersendirian menelaah buku di meja taman. Perlahan dia dekati. Tiba di meja tersebut, Adawiyah menampal pelekat smiley pada meja. Qumairah agak terperanjat dan memandang kearah gadis pelekat itu. Mereka berdua tersenyum . tidak lama mereka berpelukan. Berpegangan tangan dan duduk bersama.
                “Saya nak minta maaf dengan awak Mai. Saya tahu saya ego. Betul cakap awak. Bukan kebaikan semata saya akan dapat”, mereka saling tersenyum. Qumairah menggenggam kedua tangan Adawiyah. Mereka berdua menitiskan air mata sambil tersenyum.
                “Saya pun minta maaf juga Wiyah. Bukan salah awak. Saya sedar saya dah memaksa awak untuk terima Amin. Saya tak sepatutnya asak awak dengan perkara-perkara sebegini. Saya hanya nak yang terbaik. Taknak jadi macam sebelum ini. Tapi saya sedar. Awak pun berhak membuat keputusan. Tak selesa nak gaduh dengan awak lama-lama”. Mereka kemudian tergelak dalam tangisan.

Nota Kaki : kadang-kadang, kita perlu berlaku kejam untuk berbuat baik. Tapi biarlah bersederhana. Tidak keterlaluan. Dalam entri ini, kelihatan usaha gadis remaja dalam menjaga hatinya dengan menggunakan cara yang kejam untuk menewaskan semua perkara sia-sia yang hadir dalam hidupnya berdasarkan pengalaman. semua tahu cinta adakalanya benar adakalanya salah. tapi anugerah akal dapat mendahuluinya. komen Yes kalau setuju !

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?