Kemarin, Hari ini dan Esok
Hari kemarin hari cuti. Hari ini hari kuliah. Hari esok belum pasti. Ada apa dengan kemarin, hari ini dan esok?
Mari kita berkongsi.
Kemarin-
Hari cuti yang memenatkan. Aku bersengkang mata menyiapkan tugasan. Tapi jangan merungut dan pandang sahaja benda yang kita tidak suka sebagai satu bebanan. Allah firman apa? '....boleh jadi apa yg x disukaimu adalah yg terbaik utk kamu dan boleh jadi apa yg dsukai kamu adalah tidak baik buat kamu...' (QS) lebih kurang begitu maksudnya.. cari cari dan cari apa input kita akan dapat daripada aktiviti kita pada kemarin. Ini adalah sebagai pendorong utk diri sendiri. Memang kita tidak suka berpenat-penat menyiapkan tugasan. Tapi lain bagi orang yang memang minat melakukan perkara tersebut. Cuba dan cuba cari tahu apa yg tersirat sebenarnya Allah swt hendak sampaikan. Jangan pandang tidak suka kemudian tidak seronok. Jangan sahabat.
Hari ini-
Ada apa dengan hari ini? Hari ini kuliah. Aku berjalan kekuliah seawal pagi untuk hadir ke kelas lebih awal. Habis kelas , aku bergerak balik ke asrama untuk berehat. Ambil masa sekejap untuk tidur qailullah. Bangun utk solat dan ke kelas semula. Tetapi adakah sekadar itu semata?? Sahabat, mari saya kongsikan cara kta cuba untuk kualitikan hari. Kemarin kita sudah analisis bukan? Jadi hari ini kita cuba untuk berhati-hati dalam mengambil langkah. Contohnya masa yg ada jangan dibuang untuk perkara tidak berfaedah.. sebab semalam kita sudah tahu bukan apa yang patut kita buat. Jadi kita kena berhati-hati dalam memilih pengisian. Bukan tidak boleh main game dan sebagainya. Tetapi, cuba kita kurangkan. Jangan drastik. Takut ada problem di masa akan datang.
Esok-
Apa yang ada pada esok hari? Esok ialah hari dimana belum pasti apa kejadiannya.. mungkin hari kita temui ajal. Wallahualam. So apa kita perlu buat? Sebelum tidur, susun aktiviti utk esok hari. Pagi pergi kuliah, tghari lepas mkn buat tugasan berkumpulan, petang riadah ringkas dan sebagainya.. cuba kita berusaha untuk tepati susunan tersebut. Paling tidak pun, semua aktiviti yg sepatutnya kita dapat laksanakan.. dan disiplin atur masa paling penting.. inshaaAllah esok hari kita akan lebih teratur..
Mungkin ada yang lupa hidup kita tidak akan lama. Tapi mungkin juga kita seringkali lalai dalam mengingatkan. Semoga entri ini sama2 dapat kita aplikasikan dalam hidup untuk terus jadi insan yang berkualiti.. alhamdulillah. Ingat! Diri sendiri adalah sebab kenapa perlu bangkit. Dan diri sendiri yg boleh tolong diri sendiri. Sedikit-sedikit tidak apa. lama2 jadi bukit.. insya- Allah.
Wallahualam..
Aksara_anna
Comments
Post a Comment