Story telling 1 : Lukisan Seribu Harapan
Kepala Aqilah menoleh kiri dan kanan. Lalu lintas tidak
sesak. Kereta malah pantas sahaja seperti petir memancar membuatkan dia lama
berdiri di bibir jalan. Bukannya tiada kenderaan hendak pergi ke seberang untuk
membeli pesanan emak, tapi dia lebih selesa berjalan kaki sahaja melintasi
kesibukkan jalan raya dari tempat parker kereta di hadapan galerinya. ‘Line
clear!’ monolognya dalam hati. Laju saja dia mengangkat kaki dan melintasi
jalan raya. ‘Terasa lama pula hendak melintas’ bisiknya dalam hati. Dari anak
matanya, terlihat sebuah kereta yang berada dilorong tempat dia berdiri tidak
kurang lajunya kelihatan…..
“Arrghhhhhhhhhhhhh!!!!”,
Aqilah menjerit sekuat hati. Tangannya menutup telinga. Kereta tadi sempat
memberhentikan kereta sebelum merempuh tadi. Aqilah mengalirkan air mata. Tangannya
sedikit tidak begerak. Pemandu kereta turun dan berulang kali meminta maaf
dengannya. Bertanyakan keadaan dan sebagainya. Aqilah hanya memandang botol
kicap yang pecah pesanan emaknya tadi. Tiba-tiba riak wajahnya bertukar kosong
seolah-olah mengelamun jauh. Dejavu? Atau.. benar. Dia pernah mengalami
peristiwa serupa ini. Cuma bukan botol kicap penemannya. Lukisannya adalah
taruhan nyawa ketika itu. Dia masih ingat lagi peristiwa 10 tahun lalu yang
mengubah segalanya.
*
“Angah!
Masih melukis? Kemaslah. Nanti mak marah. Hari ini saja sudah berapa kali mak
marah”, tegas Ayuni mengingatkan kakaknya untuk belajar. Asyik melukis saja,
tidak kemana memandangkan keputusan akademiknya boleh dikatakan teruk. Hampir
semuanya tidak memuaskan. Emak selalu mengingatkan dia dan adik-adiknya tentang
arwah abangnya yang meninggal dalam kes merempit. Tidak ada kelulusan, tak ada siapa
nak ambil bekerja. Bila tak ada kerja, mula buat perkara sia-sia. Emak menganggap
pelajaran lah segalanya. Memang keturunan mereka bukanlah keturunan yang
berkelebihan dalam akademik. Atas sebab itu Aqilah selalu menjadi bahan amarah
emaknya.
Pantang
ada masa lapang, melukis saja kerjanya. Mengulangkaji jarang sekali. Adik-adiknya
tidak kurang nasihat padanya. Bukannya menyokong emak. Cuma melukis cuma menambah sifat garang emaknya. Pernah sekali dia menipu balik lewat ke rumah untuk
berkomitmen dalam persatuan kononya. Entah mana silapnya, emak mesti tahu yang Aqilah
menyertai pertandingan melukis. Habis lukisannya dibuang. Bagi emak, melukis
adalah penyebab kemerosotan akademiknya. Kecenderungannya melukis membuatkan
akademik diketepikan. Tidak hairanlah Aqilah menjadi satu-satunya anaknya yang
jarang dia berlaku baik. ‘Asyik melawan orang tua saja’ alasannya.
Tiba masa
yang mendebarkan Aqilah. Badannya terasa seram sejuk. Menyerahkan buku laporan
peperiksaannya adalah kebimbangan sebenar melebihi segalanya. Kepingan-kepingan
keyakinannya mula tertanggal. Benih kerisauan mula tumbuh dengan suburnya. Dia tahu
emak pasti marah yang amat. Keputusan peperiksaannya tetap sama. Tidak memuaskan. Emak tidak berbicara. Cuma lakunya
saja sudah cukup menggambarkan kemarahannya. Tidak dalam kemudian ibu masuk ke
dalam bilik tidur Aqilah. Dengan suara lantang seolah kerasukan, dia memaksa
Aqilah keluarkan semua lukisan-lukisan yang disoroknya.
“Emak
tahu Qilah tipu mak. Mak kata dah jangan melukis! Tumpu pelajaran”, kata emak
sambil kepalanya ke kiri dan kanan dengan laju mencari lukisan anaknya itu. Qilah
hanya menggeleng dan matanya mula berkaca, sedikit saja lagi air matanya bakal
menitis. “Qilah jangan cuba-cuba tipu Mak. Mak tahu kamu tak pernah dengar apa
mak cakap!”, dihujung katanya, emak terjumpa banyak lukisan didalam kotak sederhana
besar bawah katil. Dia menarik kotak itu lalu dibawanya keluar tanpa berkata
sepatah pun. Aqilah meluru keluar mengekori emaknya. Mancis kayu laju saja
berapi ketika digesel pada kotak. Lukisannya dibakar. Aqilah meraung semacam
kematian suami. Ditariknya satu-satunya lukisannya yang kelihatan selamat
daripada api marak. Emak bertindak agresif mendapatkan lukisan tadi. Aqilah meluru
keluar daripada kawasan rumah. Tiba-tiba..
“Aqilahhhhh!!!”,
panggilan terakhir emak serentak dengan jeritan Aqilah ketika kereta dipandu
seorang lelaki pertengahan umur sedang menuju kearahnya. Kedua tanggannya
menutup telinga. Lukisan tadi sudah lama terlepas daripada tangannya. Pemandu
kereta turun dan berulang kali meminta maaf dengannya. Bertanyakan keadaan dan
sebagainya. Aqilah dengan riak wajah kosong hanya memandang lukisannya yang
hampir separuh bahagian berada dibawah tayar kereta.
*
Siapa sangka lukisan yang hampir hilang keindahan di bawah
tayar kereta pada suatu ketika dulu telah berjaya mendapat nilai dan mengubah
nasibnya serta persepsi emak. Pemuda kaya telah membelinya dengan harga tinggi
pada hari tersebut. Emak terkejut kerana bakat anaknya bukan saja bakat biasa. Tetapi bernilai. 10 tahun kemudian, dia berhasil mempuyai galeri lukisan sendiri. lukisan dibeli harga ribuan ringgit itu biasa baginya.
Kawan-kawan, Allah swt memberi kita sesuatu kelebihan itu tidak sia-sia. Gunakanlah dengan sebaiknya. janganlah kerana dunia, kita lupa untuk menempatkan kesyukuran keatas nikmat Allah. Allah adil kerana telah berikan
setiap manusia kelebihan yang berbeza. Jika kau masih persoalkan keadilan Allah,
ketahuilah engkau tidak tahu apa itu adil. Wallahualam.
Cerita yang bagus tahniah
ReplyDeletethank you
Delete