Story telling 1 : Lukisan Seribu Harapan


Kepala Aqilah menoleh kiri dan kanan. Lalu lintas tidak sesak. Kereta malah pantas sahaja seperti petir memancar membuatkan dia lama berdiri di bibir jalan. Bukannya tiada kenderaan hendak pergi ke seberang untuk membeli pesanan emak, tapi dia lebih selesa berjalan kaki sahaja melintasi kesibukkan jalan raya dari tempat parker kereta di hadapan galerinya. ‘Line clear!’ monolognya dalam hati. Laju saja dia mengangkat kaki dan melintasi jalan raya. ‘Terasa lama pula hendak melintas’ bisiknya dalam hati. Dari anak matanya, terlihat sebuah kereta yang berada dilorong tempat dia berdiri tidak kurang lajunya kelihatan…..

                “Arrghhhhhhhhhhhhh!!!!”, Aqilah menjerit sekuat hati. Tangannya menutup telinga. Kereta tadi sempat memberhentikan kereta sebelum merempuh tadi. Aqilah mengalirkan air mata. Tangannya sedikit tidak begerak. Pemandu kereta turun dan berulang kali meminta maaf dengannya. Bertanyakan keadaan dan sebagainya. Aqilah hanya memandang botol kicap yang pecah pesanan emaknya tadi. Tiba-tiba riak wajahnya bertukar kosong seolah-olah mengelamun jauh. Dejavu? Atau.. benar. Dia pernah mengalami peristiwa serupa ini. Cuma bukan botol kicap penemannya. Lukisannya adalah taruhan nyawa ketika itu. Dia masih ingat lagi peristiwa 10 tahun lalu yang mengubah segalanya.
                                                                                                *
                “Angah! Masih melukis? Kemaslah. Nanti mak marah. Hari ini saja sudah berapa kali mak marah”, tegas Ayuni mengingatkan kakaknya untuk belajar. Asyik melukis saja, tidak kemana memandangkan keputusan akademiknya boleh dikatakan teruk. Hampir semuanya tidak memuaskan. Emak selalu mengingatkan dia dan adik-adiknya tentang arwah abangnya yang meninggal dalam kes merempit. Tidak ada kelulusan, tak ada siapa nak ambil bekerja. Bila tak ada kerja, mula buat perkara sia-sia. Emak menganggap pelajaran lah segalanya. Memang keturunan mereka bukanlah keturunan yang berkelebihan dalam akademik. Atas sebab itu Aqilah selalu menjadi bahan amarah emaknya.

                Pantang ada masa lapang, melukis saja kerjanya. Mengulangkaji jarang sekali. Adik-adiknya tidak kurang nasihat padanya. Bukannya menyokong emak. Cuma melukis cuma menambah sifat garang emaknya. Pernah sekali dia menipu balik lewat ke rumah untuk berkomitmen dalam persatuan kononya. Entah mana silapnya, emak mesti tahu yang Aqilah menyertai pertandingan melukis. Habis lukisannya dibuang. Bagi emak, melukis adalah penyebab kemerosotan akademiknya. Kecenderungannya melukis membuatkan akademik diketepikan. Tidak hairanlah Aqilah menjadi satu-satunya anaknya yang jarang dia berlaku baik. ‘Asyik melawan orang tua saja’ alasannya.

                Tiba masa yang mendebarkan Aqilah. Badannya terasa seram sejuk. Menyerahkan buku laporan peperiksaannya adalah kebimbangan sebenar melebihi segalanya. Kepingan-kepingan keyakinannya mula tertanggal. Benih kerisauan mula tumbuh dengan suburnya. Dia tahu emak pasti marah yang amat. Keputusan peperiksaannya tetap sama.  Tidak memuaskan. Emak tidak berbicara. Cuma lakunya saja sudah cukup menggambarkan kemarahannya. Tidak dalam kemudian ibu masuk ke dalam bilik tidur Aqilah. Dengan suara lantang seolah kerasukan, dia memaksa Aqilah keluarkan semua lukisan-lukisan yang disoroknya.

                “Emak tahu Qilah tipu mak. Mak kata dah jangan melukis! Tumpu pelajaran”, kata emak sambil kepalanya ke kiri dan kanan dengan laju mencari lukisan anaknya itu. Qilah hanya menggeleng dan matanya mula berkaca, sedikit saja lagi air matanya bakal menitis. “Qilah jangan cuba-cuba tipu Mak. Mak tahu kamu tak pernah dengar apa mak cakap!”, dihujung katanya, emak terjumpa banyak lukisan didalam kotak sederhana besar bawah katil. Dia menarik kotak itu lalu dibawanya keluar tanpa berkata sepatah pun. Aqilah meluru keluar mengekori emaknya. Mancis kayu laju saja berapi ketika digesel pada kotak. Lukisannya dibakar. Aqilah meraung semacam kematian suami. Ditariknya satu-satunya lukisannya yang kelihatan selamat daripada api marak. Emak bertindak agresif mendapatkan lukisan tadi. Aqilah meluru keluar daripada kawasan rumah. Tiba-tiba..
                “Aqilahhhhh!!!”, panggilan terakhir emak serentak dengan jeritan Aqilah ketika kereta dipandu seorang lelaki pertengahan umur sedang menuju kearahnya. Kedua tanggannya menutup telinga. Lukisan tadi sudah lama terlepas daripada tangannya. Pemandu kereta turun dan berulang kali meminta maaf dengannya. Bertanyakan keadaan dan sebagainya. Aqilah dengan riak wajah kosong hanya memandang lukisannya yang hampir separuh bahagian berada dibawah tayar kereta.
                                                                                                *
Siapa sangka lukisan yang hampir hilang keindahan di bawah tayar kereta pada suatu ketika dulu telah berjaya mendapat nilai dan mengubah nasibnya serta persepsi emak. Pemuda kaya telah membelinya dengan harga tinggi pada hari tersebut. Emak terkejut kerana bakat anaknya bukan saja bakat biasa. Tetapi bernilai. 10 tahun kemudian, dia berhasil mempuyai galeri lukisan sendiri.  lukisan dibeli harga ribuan ringgit itu biasa baginya.

Kawan-kawan, Allah swt memberi kita sesuatu kelebihan itu tidak sia-sia. Gunakanlah dengan sebaiknya. janganlah kerana dunia, kita lupa untuk menempatkan kesyukuran keatas nikmat Allah. Allah adil kerana telah berikan setiap manusia kelebihan yang berbeza. Jika kau masih persoalkan keadilan Allah, ketahuilah engkau tidak tahu apa itu adil. Wallahualam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?