Posts

Apa itu iluminati?

Okay. Harini seperti yg tertera pada tajuk, kita bercerita tentang iluminati. Hmm. Okay. Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu iluminati. Tapi tidak kurang ramai juga kan yang kurang tahu apa itu iluminati ataupun langsung tidak tahu dan pertama kali dengar. Saya selaku insan yang suka belajar perkara baru, ada buat kajian sikit tentang ni. Dan also ada masuk lah dalam subjek pengajian semester 4 tidak silap. Okay, tanpa membuang masa, scroll bawah lagi. Baca la panjang sikit please. Baik, mari baca sikit tentang sejarah iluminati ni. Gerakan asal adalah berasal daripada Eropah(klu salah maafkan sy). Yang di asaskan oleh Adam Weisphaut. Tujuannya ialah utk membebaskan pemikiran warga Bavaria daripada cengkaman gereja katolik. Idea idea daripada falsafah liberalisme mula tersebar di benua Amerika dan mempengaruhi pemimpin revolusi Amerika, George Washington dan mempengaruhinya utk menggunakan idea iluminati untuk mengasaskan negara Amerika Syarikat yang baru. Itu sedikit sejarah bagaima...

One Day One Juzuk (ODOJ)

Assalamualaikum pembaca. Apa khabar ramadhan? Awal april lalu, 1 april saya mulakan 1 aktiviti keagamaan. Tapi atas talian. Ya. Sempena pkp dan medium ni capaian jauh la untuk ahli yang jauh. Untuk pengetahuan rakan pembaca, medium utama dalam aktiviti ni ialah aplikasi whatsapp. Ahli group terdiri daripada manusia manusia dari pelbagai negeri. Hebat bukan? Kami dapat bertukar tukar ilmu pengetahuan. Oh, maaf. Saya belum nyatakan aktiviti apa kan? Aktiviti ni namanya One Day One Juzuk(Odoj). Sebab wujudnya aktiviti ini? Okay, first.. Admin sendiri pernah join aktiviti begini. Cuma tiada aktiviti sampingan. Melihat kepada keadaan manusia zaman skg yang mudah leka dengan persekitaan. So, adanya aktiviti sampingan untuk mengelakkan suasana sendu muncul dalam group dan juga sebagai pendorong untuk mencapai matlamat aktiviti. Apa yang menarik dalam aktiviti ni?  Aktiviti utamanya ialah membahagikan juz2 tertentu kepada ahli group secara rambang setiap hari dna perlu dihabiskan bac...

Cerita Inspirasi 4 : Geng Masjid

            “Cepat!” Jerit Abah. Seorang demi seorang mereka yang tidur di atas tilam nipis itu bangun berjalan dengan mata yang masih tertutup menuju ke ruangan mengambil wuduk diluar rumah. Liat sungguh! Enjin kereta sudah mula kedengaran saat   barisan wudhuk lima orang   budak lelaki itu masih belum selesai. Mereka mula bertindak kelam kabut menyudahkan wudhuk.   ‘Sebentar lagi raksaksa akan bertukar’, sangka mereka didalam hati.             Laju saja serentak mereka berlima lari dan dengan hebat masing-masing memanjat belakang kereta hilux dengan gaya-gaya tersendiri. Walaupun kereta sudah bergerak, tidak bermakna mereka tidak usah ke masjid. Malah makin parah nanti. Fuhh! Nasib sahaja sempat. Kalau tidak, berjalan kakilah. Mereka tergelak melihat gelagat masing-masing yang mengejar dan memanjat kereta ta di.        ...

Pujuk Hati ~ (Ramadhan Atau Syawal ?)

Assalamualaikum semua pembaca. Kali ini saya mau share sesuatu tentang ramadhan memandangkan kita sedang menjalankan ibadah puasa dalam tahun 2019 ini. Ok, tidak banyak yang perlu ditulis. Nanti pembaca tidak minat mau baca. Baik, Ramadhan. Pandangan dan cara menjalani   ibadah puasa adalah berbeza setiap individu. Semua tahu. Atau mungkin ada yang belum memahami. Cara yang bagaimana? Si miskin dan si kaya? Mungkin ya tapi bukan begitu. Ada yang memandang ramadhan sebagai masuk fasa bermalas malasan. Sedangkan sepatutnya sebaliknya kita kena lakukan. Ada yang bila sebut tentang Ramadhan, terus berfikir tentang sambutan hari raya. Sama lah seperti saya. Haha. Allah. Tapi tidak bermakna lupa pada tujuan asal Ramadhan. Insya-Allah. Perantau : Kenapa tajuk saya perantau? Sebab seperti biasa mesti akan ada individu yang tidak dapat berpuasa bersama keluarga tersayang atas sebab kerja ataupun tanggungjawab sebagai pelajar. Paling menyedihkan, sepanjang Ramadhan bera...

Meniru yang Halal ???

Teringin bukan jadi individu yang menarik? Sudah semestinya. Kalau lihat kebiasaan kita, bila seseorang ini telah berjaya, mesti soalan masyarakat yang wajib adalah ; apakah rahsia anda? Benar bukan? Bukan hanya berjaya dalam akademik. Dalam kerjaya, bisnes dan macam-macam lagi. Cuma kita fokuskan kepada akademik khususnya. Kenapa? Sebab penulis juga seorang pelajar. Adakalanya, mindset kita terbentuk dengan pengaruh yang besar adalah zaman bergelar pelajar. Sebab zaman ini lah kita berpeluang jumpa ramai jenis manusia di muka bumi ini. Baik, entri kali ini kita akan bercerita tentang ‘MENIRU YANG HALAL’ . persoalannya adakah peniruan yang halal? Dalam konteks kejayaan akademik kali ini bukanlah menjurus kepada peniruan peperiksaan. Tidak. Tapi kali ini saya akan share something yang menjadi panduan saya sendiri iaitu meniru.             Setiap seseorang, mesti ada insan yang dia kagumi betul? Yang menjadi role model. Mengapa di...

Cerita Inspirasi 4 : Kasih Ibu

Zaimah mengintip dari jauh. Wanita tua itu sedang berusaha mengutip buah yang berjatuhan daripada pokok, sedang tangannya memegang pinggangnya yang kelihatan sakit. Kaki kiri Zaimah diangkat tanda teringin ke situ. Membantunya. Memeluknya. Namun belum sempat sepasang langkahnya lengkap, dia memutuskan untuk biarkan saja. Cepat saja otaknya membuat keputusan untuk pergi. Dia berpaling kemudian berjalan.             “Aduh!”, wanita tua itu tadi terduduk jatuh. Tanpa menunggu hati dan otak berbincang sama ada pergi atau tidak, Zaimah laju mendapatkan wanita tua itu tadi.             “Ibu! Ibu!. Ibu tidak apa-apa? Mana sakit Ibu? Boleh Imah lihat mana luka?”, tingkah Zaimah yang itu risau menyebabkan Wanita tua itu tadi terdiam dan melihat saja wajah anak perempuannya itu. Tidak lama mereka berpandangan. Muka wanita tua itu tadi terus membengis.     ...

Story Telling 2 : Syarat untuk bakal suami

Juntaian tdung kirinya dililitkan ke atas kepala. Tangannya yang lembut mengemaskan tudung sesuai syarak. Lipatan kiri dan kanan dirapikan. Dia tersenyum puas hati. Lesung pipitnya terserlah. Ayu. Tidak hairanlah ramai jejaka menaruh hati padanya. Adawiyah lantas mencapai beg galas, buku dan botol air miliknya. Sebelum keluar dari bilik, sempat dia menyinggah beberapa saat dihadapan cermin. Adawiyah tersenyum sinis. ‘Nampak sombong. Checklist done!’ ujarnya dalam hati.                 “Mai! Saya di sini!”, terjahnya dari jauh sambil melambai. Qumairah yang baru perasan kedatangan Adawiyah meluru kearahnya memandangkan mereka sudah terlewat ke kuliah. Belum sempat Qumairah tiba disisi Adawiyah, seorang jejaka mendekati Adawiyah yang tidak lain tidak bukan. Salah seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati padanya. Adawiyah hanya memandang sebelah mata, atas dan bawah. Nampak kesombongan disitu.   ...