Cerita Inspirasi 4 : Geng Masjid
“Cepat!” Jerit
Abah. Seorang demi seorang mereka yang tidur di atas tilam nipis itu bangun
berjalan dengan mata yang masih tertutup menuju ke ruangan mengambil wuduk
diluar rumah. Liat sungguh! Enjin kereta sudah mula kedengaran saat barisan wudhuk lima orang budak lelaki itu masih belum selesai. Mereka
mula bertindak kelam kabut menyudahkan wudhuk.
‘Sebentar lagi raksaksa akan bertukar’, sangka mereka didalam hati.
Laju saja serentak
mereka berlima lari dan dengan hebat masing-masing memanjat belakang kereta
hilux dengan gaya-gaya tersendiri. Walaupun kereta sudah bergerak, tidak
bermakna mereka tidak usah ke masjid. Malah makin parah nanti. Fuhh! Nasib
sahaja sempat. Kalau tidak, berjalan kakilah. Mereka tergelak melihat gelagat
masing-masing yang mengejar dan memanjat kereta ta di.
Saat kaki mula
melangkah ke dalam kawasan masjid, laungan azan Subuh mula berkumandang. Jelingan
Abah menundukkan mereka berempat. Mereka bakal dimarahi.sudah berkali-kali
dipesan untuk bangun awal dan bersiap awal. ‘sebelum azan subuh, kita mesti
sudah menunggu. Itu namanya disiplin! ‘Ceramah abah yang lalu itu terngiang
ditelinga masing-masing.
Tiap lima waktu,
mereka wajib ke masjid. ‘Tempat solat lelaki adalah di masjid.kalau kita tidak
datang, siapa lagi yang hendak pergi’ tegas abah. Hujan lebat bagaimanapun,
mereka akan pastikan diri mereka tiba dimasjid. Kerana apapun alas an mereka,
abah akan mengklasifikasikan sebagai satu kelalaian.
Bukanlah tak boleh
berseronok kalau diri menjadi ahli masjid 5 waktu. Abah izinkan anak-anaknya
itu berhibur tapi jangan lupa waktu solat di masjid dan jangan lupa selesaikan
tugasan dirumah. Pecahkan mindset ‘kerja rumah hanya untuk perempuan!’
tegasnya. Begitulah kehidupan mereka sebagai anak lelaki abah dan meningkat
dewasa hasil didikan abah yang tegas.
“berseronok jangan
berlebihan”, pesan abah ketika membenarkan mereka mandi di sungai kampung. Abah
sedia untuk menangkap gambar. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai.
“tepi sikit! Haa yang
kiri masuk sikit. Abah membetulkan kedudukan mereka.
“Klik!”.
*
Amirul tersenyum saat melihat gambar lama mereka berempat. Teringat
peristiwa di dalam gambar. Amirul membalikkan kepingan gambar itu. Tertulis ‘Geng
Masjid” itulah gelaran mereka di kampug dulu.
Comments
Post a Comment