Apa itu iluminati?

Okay. Harini seperti yg tertera pada tajuk, kita bercerita tentang iluminati. Hmm. Okay. Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu iluminati. Tapi tidak kurang ramai juga kan yang kurang tahu apa itu iluminati ataupun langsung tidak tahu dan pertama kali dengar. Saya selaku insan yang suka belajar perkara baru, ada buat kajian sikit tentang ni. Dan also ada masuk lah dalam subjek pengajian semester 4 tidak silap. Okay, tanpa membuang masa, scroll bawah lagi. Baca la panjang sikit please.

Baik, mari baca sikit tentang sejarah iluminati ni. Gerakan asal adalah berasal daripada Eropah(klu salah maafkan sy). Yang di asaskan oleh Adam Weisphaut. Tujuannya ialah utk membebaskan pemikiran warga Bavaria daripada cengkaman gereja katolik. Idea idea daripada falsafah liberalisme mula tersebar di benua Amerika dan mempengaruhi pemimpin revolusi Amerika, George Washington dan mempengaruhinya utk menggunakan idea iluminati untuk mengasaskan negara Amerika Syarikat yang baru. Itu sedikit sejarah bagaimana ia wujud dan berkembang selepas dikatakan seolah telah tidak wujud kerana pengasasnya melarikan diri ekoran krisis semasa. Saya lupa krisis tu.

Seterusnya, benarkah iluminati wujud atau sekadar teori konspirasi? Ramai yang mengatakan ia wujud dan tidak kurnag ramainya juga yang mnyokong ia hanya sebuah teori konspirasi. Apa yang masyarakat bualkan tentnag iluminati ni?
Baik, salah satu yang famous ialah, iluminati dikaitkan dengan kemunculan dajjal. Saya kurang pastu perbahasannya bagaimana. Selain daripada itu, taburan pengikut iluminati pula telah meluas dan jangan terkejut jika rakyat Malaysia terutamanya artis2 juga pernah dikaitkan dengan iluminati ini. Kenapa? Ini disebabkan penemuan2 ciri2 pengikut yang ada pada individu2 berkenaan. Antaranya, lambang mata satu, lambang tiga segi, lagu2 berkaitan, corak petak hitam putih (seperti permainan dam) juga dikatakan ada kaitannya. Cuma sejauh mana status kebenaran hal ini? Wallahu'alam.. Disebabkan perkara yang dijanjikan kepada pengikut iluminati ialah kekayaan dan kepopularitian, maka golongan2 sedemikian seringkali dipertikaikan jika hal2 atau ciri2 tersebut ada pada individu yg dikatakan. Selain daripada ciri tersebut, angka 666 juga dikaitkan dengan konspirasi tersebut. Bahkan, individu yang dikatakan tidak lain dan tidak bukan, artis tempatan sendiri yang telah mencipta nama dikatakan telah pun menjadi pengikut iluminati berdasarkan sumber. Kesahihannya sy sendiri tidak pastikan. Macam yang saya katakan tadi. Ini ialah hal yang diperbahaskan dalam iluminati ini.

Cerita pasal artis, demikianlah faktor meningkatnya kes bunuh diri dalam kalangam artis Korea. Hal ini kerana tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Menurut sumber yang didapati, jika seseorang yang telah menjadi pengikut iluminati ini, mereka tidak boleh keluar daripadanya. Malahan, jika perkara itu dilanggar mereka alan diganggu. Gangguan berbentuk apa?  Diceritakan, gangguan makhluk halus dan boleh mengakibatkan kematian. Cumanya, ada seorang yang masih hidup telah berjaya keluar daripada cengkaman iluminati tersebut. Dan individu itulah yang telah membongkarkan segalanya. Siapa insan itu? Saya tidak temui identitinya.. Berdasarkan info, setiap pengikutnya akan disuntik dengan MK Ultra di kepala.. Ini akan memberi kesan besar pada individu yang mana mereka akan mengalami 'mind control'. Minda mereka akan dikawal.

Isu semasa yang menggegarkan dunia sekarang, tidak lain dan tidak bukan, virus yang melanda dunia, Covid-19 dikatakan salah satu agenda iluminati. WHO dikatakan 'berkiblatkan' fremason. Oh, saya lupa beritahu. Iluminati ni juga dikaitkan sama dengan fremason. Akan tetapi iluminati mempertahankan yang mereka tidaklah berpegang kepada perkara yang sama.

Demikian perkongsian berkaitan iluminati berdasarkan kajian mini saya. Perkara ini tidak harus kita ketepikan kerana status kesahihan.. Bahkan ia sedikit sebanyak menjadikan benteng kepada kita untuk tidak terpengaruh kepada pertubuhan yang membawa kita melencong lebih-lebih lagi melibatkan kepercayaan serta merta mengganggu keutuhan agama dalam diri kita. Sekian wassalam.

Semoga perkongsian ini dapat kita manfaatkan bersama. 

Comments