Terima kasih masa silam
Baik,
entri kali ini saya akan kongsikan betapa berharganya kisah silam. Kita putarkan
kisah silam yang mungkin kita rasa tidak berguna itu kepada satu perkara yang
bernilai. Kenapa? Saya berani cakap dalam hidup kita, setiap hari yang berlaku
ada hikmah tersendiri sama ada kecil atau besar, sama ada sedar atau tidak
sedar. Okay, itu buang tepi. Kerja kita, berfikir sejenak dan bersyukur.
Okay,
memang betul kisah silam kita itu ada kalanya memalukan, menyedihkan menyesakkan
dada. Nasihat saya, jangan cari gaduh dah dengan masa silam. Maafkanlah dia dan
berdamailah dengannya. Insya-Allah hidup akan lebih tenang selepas ini. Haaa satu
lagi, memaafkan bukan bererti melupakan. Kalau melupakan, tidak ingat langsung,
amnesialah kita semua nak! Oleh itu perkara utama adalah berdamailah, terimalah
dan hargailah masa silam kita.
Mungkin
salah satu caranya ialah. Cuba kita fikirkan hikmahnya sekarang. Jangan merasa
diri terlalu jahil bila tahu kebenaran. Malah ucaplah terma kasih dan Alhamdulillah.
Kalau bukan kerana hadirnya kisah silam yang Allah tetapkan mungkin bukan begini jalan hidup kita. Bukan begini?
Mungkin sampai sekarang tidak sedar kita salah. Mungkin. Mungkin saja. Nauzubillahiminzalik.
At-Tirmizi
meriwayatkan yang bermaksud , Daripada Abu Hurairah RA, bersabda: “Siapa yang
tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada Allah.”
👍❤️
ReplyDelete=)
Delete