Cerita Inspirasi 3: Makhluk Asing Tercinta
Dia memandang penuh duka
raut wajah ibu. Rambutnya yang kian bertambah uban diusap dengan lemah lembut. Sekali
sekala ibu seakan meracau memanggil nama sesiapa sahaja disekelilingnya. Itu
perkara biasa. Airmata Ulwan yang ditahannya sedari tadi jatuh setitis. Sedih
melihat ibunya diperlakukan sebegitu.
“Wan..”, panggil
seseorang dari arah luar bilik. Rupanya ayah. Dia menyahut. Seperti ada sesuatu
ingin diperkatakan. Dari jauh kelihatan mulut mereka saling bertukar kamitnya. Perbicaraan
semakin serius. Ulwan keluar daripada rumah dengan wajah yang agak tegang. Kunci
motorsikal dicapai. Bunyi motorsikalnya perlahan-lahan hilang daripada
pendengaran telinga.
“Ibuu!!!!!!!!”,
jerit Ulwan yang terus membiarkan motorsikalnya jatuh di dada bumi. Dia terus
mendapatkan ibunya yang sedang mempertahankan diri secara lemah lagaknya. “Pergiii!”,
usir Ulwan pada semua orang kampung. Dia memeluk ibunya dan membawa pulang ke rumah.
Aku tahu ibu bukanlah orang yang baik sejak dahulu. Tapi siapa aku untuk
menghukum. Semenjak Ibu jatuh sakit, semua orang menghukum ia satu karma dan
balasan padanya. semenjak sakit, ibunya digelar makhluk asing oleh orang kampung. Dengan menipu duit orang, menjatuhkan orang lain, memfitnah. Itulah
penjelasan orang kampung. Tetapi apakah aku boleh membuang dia sebagai Ibu? Hati
kecewa semestinya ada. Tapi ibu juga pasti akan kecewa punya anak yang tidak bias
menerimanya seadanya. Mulai dari hari itu aku meluangkan masa untuk menguruskan ibu.
Usai menenangkan Ibu, Ulwan menghulurkan resit pembayaran pada ayah. Ayah tersenyum sambil mengatakan terima kasih padanya. Dia membiarkan ucapan itu tidak berbalas.
Usai menenangkan Ibu, Ulwan menghulurkan resit pembayaran pada ayah. Ayah tersenyum sambil mengatakan terima kasih padanya. Dia membiarkan ucapan itu tidak berbalas.
“Usah berhutang
kalau tidak berduit”, Sindirnya sambil berpaling dan meneruskan perjalanan
masuk ke dalam biliknya. Ayah hilang senyuman dan tertunduk. Malam yang tenang
tanpa racauan Ibu. Dia baru tersedar ada pesanan ringkas daripada teman
sekerjanya.
‘Ulwan, lama
lagikah kau bercuti? Bos dah bising. Cuti kau habis dah ni. teruk sangatkah Ibu
kau? aku cadang kau berhenti sajalah kerja. Prestasi kau ni dah menurun. Kerja kau
banyak tertangguh. Orang lain terpaksa ganti. Menyusahkan banyak pihak. Lagi-lagi
Bos. Banyak bising’
Ulwan buntu saat membaca pesanan tersebut. Pilih kerja atau ibu?
setelah selesai solat asar, Ulwan termenung duduk di tangga masjid. Tidak diduga Ulwan
imam masjid kampung bertanyakan khabar ibu dan ayah. Sinis jawabnya. Ada lagi
yang pedulikan keluarganya. Imam memujuknya untuk menerima keadaan. Ulwan tidak
habis fikir tentang itu. Dia terus meluahkan apa yang dia rasa.
“ Pantaskah aku
menerima balasan seperti ini? Aku tunaikan semua kehendak ibu ayah. Kenapa?”.
Imam menggeleng, tersenyum dan membalas rungutan Ulwan.
“Apakah kamu
pasti sudah tunaikan?”, Ulwan kehairanan sambil beralih memandang Imam. “Bila
kamu menyatakan persoalan tersebut, maka kamu belum menerima keadaan
sebenarnya. Kamu selalu bertanya kenapa kamu hadapi perkara ini. Tetapi sedikit
kamu bertanya pada diri apa lagi yang kurang aku tunaikan. Menurut cerita kamu,
kamu kelihatan terbeban dengan hutang ayahmu. Kamu lupa ayahmu Cuma petani? Tidak
berduit banyak untuk membeli keperluan. Lalu mengapa perlu kamu mengeluh untuk menyara
mereka sedangkan tidak pernah terkurang sedikitpun daripada keperluanmu ketika
mereka menjagamu. Allah mengujimu untuk harta kekayaan pangkat dan segalanya. Tanya
dalam diri, adakah kamu ikhlas tinggalkan semua itu demi ibumu, atau sekadar
risau diperkatakan orang dirimu derhaka? Jawapan ada pada diri kamu. Bukan pada
saya”. Imam itu menepuk bahu Ulwan beberapa kali dan memberi salam lalu berpergian.
Mana sambungan nya ...
ReplyDeleteBoek👍
ReplyDelete