Abah 'Hero Sepanjang Hayat'
ABAH- ‘hero sepanjang hayat’
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah
sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang
bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
Assalamualaikum para pembaca !
Bait puisi biasa tapi kata-kata yang luar biasa. Semakin hari
semakin meningkat umur semakin faham tentang makna hidup. Semakin kenal hidup,
semakin kenal apa itu kekeluargaan. Keluarga, adalah insan yang mempunyai
pertalian darah dengan kita. Tidak lain dan tidak bukan, ayah, ibu, adik,
kakak, abang, datuk, nenek, pakcik, makcik dan sebagainya.
Siapa di sini yang tidak mempunyai keluarga? Mungkin ada yang hidup
sebatang kara tetapi itu tidak menghalang untuk mempunyai saudara seislam
bukan?
Semakin kenal erti kekeluargaan, saya tahu tidak semua keluarga
mempunyai hubungan kekeluargaan yang sama. Pertama sekali saya bersyukur
kehadrat Allah swt kerana telah takdirkan saya lahir dalam kalangan keluarga
yang bahagia dan sangat mementingkan hubungan kekeluargaan. Sejak daripada
kecil lagi mindset saya keluarga lain adalah sama seperti keluarga kami.
Ternyata itu salah sama sekali bila kawan-kawan bercerita tentang keluarga dan
merasakan ia adalah berbeza. Sangat asing perasaan itu. Apakah? Keluarga yang
tidak menanamkan nilai kasih sayang diantara mereka. Soalan yang sering keluar
dari mulut. Tidakkah kamu sedih? Jawapan yang saya dapat selalunya positif dan
itu cukup menunjukkan bahawa dia ok. Mungkin saya yang berhenti berfikiran negatif terhadap keluarga mereka.
Mempunyai kekeluargaan yang sangat baik adalah satu nikmat. Kita
patut bersyukur. Tapi ini adalah masalah individu. Mungkin semua. Atau mungkin
segelintir atau diri saya sahaja?
Cuba perhatikan dalam bait kata-kata di atas tadi. Ia merujuk
kepada keadaan dimana lafaz cinta sukar diucap. Hanya sekadar tingkah yang
mampu ditunjuk. Adakah itu salah? Normal bila anak terlalu rapat dengan ibu.
Sebab ibu telah mengandungkan kita.
Mungkin abah sudah selalu terasa dengan anaknya. Kadang terasa
terpinggir atas rasa segan dan hormat dengan abah. Tahu abah sayang anaknya.
Tahu anaknya sayang padanya. Cuma ungkapan kata terkaku mungkin buatkan hatinya
kadang terasa ungkapan itu tidak penting bagi anaknya.
Abah garang macam singa
Tapi abah garang sebab sayang.
Abah marah itu
Abah marah ini
Abah kata jangan
Abah kata ‘sayang anak abah’
Abah selalu cium dahi pipi
Abah selalu penuhi permintaan
Abah selalu dahulukan anaknya
Abah selalu menghargai
Abah selalu ajar tentang kehidupan
Abah kata belajar rajin-rajin.
Saya sedang ingin banggakan abah,
abah
Abah terlalu istimewa
Abah lelaki pertama yang buat saya
bahagia didunia
Saat telinga mendengar puisi ini, sudah terlafaz dalam hati untuk
mencatat nukilan untuk abah. Saya sayang abah.
Mari kita hayati bait-bait lirik lagu lafaz yang tersimpan yang
membuatkan saya sentiasa berfikir tentang pengobanan abah.
Sekian, puteri kedua Abah.
Oloociann.. 😥
ReplyDeleteCewwdihhh em
ReplyDeleteI love it
ReplyDelete