Abah 'Hero Sepanjang Hayat'


ABAH-  ‘hero sepanjang hayat’

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah

Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah

Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Assalamualaikum para pembaca !
Bait puisi biasa tapi kata-kata yang luar biasa. Semakin hari semakin meningkat umur semakin faham tentang makna hidup. Semakin kenal hidup, semakin kenal apa itu kekeluargaan. Keluarga, adalah insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Tidak lain dan tidak bukan, ayah, ibu, adik, kakak, abang, datuk, nenek, pakcik, makcik dan sebagainya.

Siapa di sini yang tidak mempunyai keluarga? Mungkin ada yang hidup sebatang kara tetapi itu tidak menghalang untuk mempunyai saudara seislam bukan?

Semakin kenal erti kekeluargaan, saya tahu tidak semua keluarga mempunyai hubungan kekeluargaan yang sama. Pertama sekali saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah takdirkan saya lahir dalam kalangan keluarga yang bahagia dan sangat mementingkan hubungan kekeluargaan. Sejak daripada kecil lagi mindset saya keluarga lain adalah sama seperti keluarga kami. Ternyata itu salah sama sekali bila kawan-kawan bercerita tentang keluarga dan merasakan ia adalah berbeza. Sangat asing perasaan itu. Apakah? Keluarga yang tidak menanamkan nilai kasih sayang diantara mereka. Soalan yang sering keluar dari mulut. Tidakkah kamu sedih? Jawapan yang saya dapat selalunya positif dan itu cukup menunjukkan bahawa dia ok. Mungkin saya yang berhenti  berfikiran negatif terhadap keluarga mereka.

Mempunyai kekeluargaan yang sangat baik adalah satu nikmat. Kita patut bersyukur. Tapi ini adalah masalah individu. Mungkin semua. Atau mungkin segelintir atau diri saya sahaja?

Cuba perhatikan dalam bait kata-kata di atas tadi. Ia merujuk kepada keadaan dimana lafaz cinta sukar diucap. Hanya sekadar tingkah yang mampu ditunjuk. Adakah itu salah? Normal bila anak terlalu rapat dengan ibu. Sebab ibu telah mengandungkan kita.  Mungkin abah sudah selalu terasa dengan anaknya. Kadang terasa terpinggir atas rasa segan dan hormat dengan abah. Tahu abah sayang anaknya. Tahu anaknya sayang padanya. Cuma ungkapan kata terkaku mungkin buatkan hatinya kadang terasa ungkapan itu tidak penting bagi anaknya.




Abah garang macam singa
Tapi abah garang sebab sayang.
Abah marah itu
Abah marah ini
Abah kata jangan
Abah kata ‘sayang anak abah’
Abah selalu cium dahi pipi
Abah selalu penuhi permintaan
Abah selalu dahulukan anaknya
Abah selalu menghargai
Abah selalu ajar tentang kehidupan
Abah kata belajar rajin-rajin.
Saya sedang ingin banggakan abah, abah
Abah terlalu istimewa
Abah lelaki pertama yang buat saya bahagia didunia

Saat telinga mendengar puisi ini, sudah terlafaz dalam hati untuk mencatat nukilan untuk abah. Saya sayang abah.

Mari kita hayati bait-bait lirik lagu lafaz yang tersimpan yang membuatkan saya sentiasa berfikir tentang pengobanan abah.

Sekian, puteri kedua Abah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?