Negative to Positive
Bedah Buku ! (Kanvas)-Muharikah.
Sebenarnya saya belum bedah sangat buku kanvas ni. Tapi saya
teringin share apa yang ada dalam buku ni. untuk sejenis yang sangat suka untuk
tahu benda baru, sangat sesuai. Sama macam saya. First hobi saya dulu, baca
buku dan kumpul setem. Saya ada album setem yang cantik banget!
Baiklah. Genre buku Kanvas ni sama macam puisi. Ia lebih
kepada motivasi. Sangat seronok baca. Kenapa? Untuk yang sedang berduka, ada
masalah boleh menganggap buku ini hadiah untuknya. Banyak kata-kata yang saya
rasa jika kamu muhasabah, sangat panjang muhasabah yang tertulis dalam kotak
fikiran.
Ya. Tidak dinafikan. Setiap manusia memandang sesuatu dengan
sudut pandangan berbeza. Tapi boleh dikatakan bila anda membaca buku ini,
fikiran anda akan diasak dan dipaksa untuk positif. Kalau baca tapi tiada rasa
apa-apa, saya bukannya mahu katakan anda sudah tidak mempunyai hati. Tapi,
cubalah untuk tadabbur buku ini. Cuma jangan lebihkan daripada alQuran
Kalamullah.
Bagi sesiapa yang sudah memiliki buku Kanvas, boleh lihat
muka surat contengan44. Di sini, ada potongan kata-kata motivasi yang berbunyi
;
‘Ada banyak sebab seseorang itu boleh gagal. Tetapi, ada
satu sebab yang menybabkan seseorang itu boleh terus berjaya –yakni tidak
berputus asa’
Tipulah kalau saya katakan tidak pernah mengalami perasaan
putus asa. Saya boleh cerita, cita-cita saya yang paling lama terbuku dalam
hati sejak bangku sekolah rendah ialah ingin menjadi seorang penulis. Menulis ni
saya mula dari tahap 1. Saya hasilkan buku-buku cereta pendek. Bayangkan saya
hasilkan duit dalam hasil karya saya tu, sebuah buku, saya bagi pinjam, boleh
beli kad ahli dan dapat harga 20sen sekali pinjam. Hahahahaha rasa kelakar. Tapi
itulah yang terjadi. Masa tu, kau ada 10 sen pun kau seorang yang berduit. Dan memang
rasa banyak duit masa tu. Banyak buku saya hasilkan untuk dapatkan duit. Nampak
struggle bukan? Tapi selalu rasa down. Rasa tidak berguna menulis. Tiada keyakinan.
Sebab bila baca balik hasil penulisan macam tiada bakat. Berkali-kali rasa down. Saya cuba untuk mengembangkan bakat. Pernah hantar
puisi untuk menjadi pilihan dalam majalah sekolah. Betapa gembiranya bila
nampak hasil karya terpilih. Masih ingat lagi kawan duduk sebelah, join sama. Nama
dia mirlen axtius. Sekarang siswi UMS .
Lihat. Pernah naik dan turun untuk tempoh yang panjang, saya
rasa tidak berguna dengan teknik atau idea penulisan yang saya ada. Saya selitkan
sedikit cerita saya ini bukannya hendak menunjuk. Tapi ini hakikat yang saya
rasa. Zouq tu sampai sangat-sangat. Point
dia sebenarnya satu saja, positif! Berkali-kali saya ingatkan diri saya untuk
positifkan diri.
Kalau perkara buruk yang datang pada kita, kita jangan
pandang pada sudut negative. Tapi pandanglah dengan positif. Bagaimana?
Baiklah. Saya boleh
bagi satu analogy. Seorang kanak-kanak menangis kerana dimarah oleh orang
tuanya untuk memegang pisau. Dia mau guna untuk potong manga. Tapi orang tua
tidak benarkan. Bagaimana dia mau makan?? Seketika itu, terhidang mangga didepan
kanak-kanak tersebut. Dari mana? Siapa yang kupas? Mungkin orang tuanya. Mungkin
juga orang lain.
Apa yang kita perlukan pada pandangan pertama kadang-kadang
bukan keperluan. Dan sesungguhnya Allah berikan apa yang kita perlu. Bukan apa
yang kita mahu.
Secara tuntasnya disini. Dapat saya simpulkan bagaimana kita
dapat mengawal persekitaran kita dengan mengubah emosi diri sendiri. Bagaimana kita
dapat mengubah sikap orang lain dengan persepsi kita sendiri. Diri sendirilah
yang menjadi penggerak diri untuk jadi lebih baik.
Akhir kata, perjalanan yang anda sedang lalui untuk mengenal
cara. Identiti diri sebenarnya telah mengajar anda dan kita semua nilai dan
erti sebuah kesabaran. Alhamdulillah, In Shaa-Allah.
Potongan daripada buku Kanvas,
' A : Kenapa boleh ada manusia macam awak di dunia ini?
B : Macam mana tu?
A : Sangat positif ! '
wallahualam.
Bgus lah ...sy suka
ReplyDeletetentiuuuu..
DeleteAnna ❤ yg dimention tu. hasil karyamu namun kau selitkan namaku dibawah nama pengarang. Ya Allah. betapa positifnya insan sepertimu. semoga aku terus belajar banyak hal positif darimu.
ReplyDeletekita sama-sama hantar baitu. haha. istidii.. ayuh maju-maju terus maju.
DeleteMantap busku
ReplyDeletebuskuu
DeleteWoooo bukan bishe bishee
ReplyDeleteyezzaaa
Deletewah,goodluck❤️semoga terus suksesss
ReplyDeleteterima kasih =) aamiin
Delete#bbb
ReplyDeleteLove ❤️🌹
ReplyDelete