Negative to Positive



Bedah Buku ! (Kanvas)-Muharikah

Sebenarnya saya belum bedah sangat buku kanvas ni. Tapi saya teringin share apa yang ada dalam buku ni. untuk sejenis yang sangat suka untuk tahu benda baru, sangat sesuai. Sama macam saya. First hobi saya dulu, baca buku dan kumpul setem. Saya ada album setem yang cantik banget!
Baiklah. Genre buku Kanvas ni sama macam puisi. Ia lebih kepada motivasi. Sangat seronok baca. Kenapa? Untuk yang sedang berduka, ada masalah boleh menganggap buku ini hadiah untuknya. Banyak kata-kata yang saya rasa jika kamu muhasabah, sangat panjang muhasabah yang tertulis dalam kotak fikiran.

Ya. Tidak dinafikan. Setiap manusia memandang sesuatu dengan sudut pandangan berbeza. Tapi boleh dikatakan bila anda membaca buku ini, fikiran anda akan diasak dan dipaksa untuk positif. Kalau baca tapi tiada rasa apa-apa, saya bukannya mahu katakan anda sudah tidak mempunyai hati. Tapi, cubalah untuk tadabbur buku ini. Cuma jangan lebihkan daripada alQuran Kalamullah.
Bagi sesiapa yang sudah memiliki buku Kanvas, boleh lihat muka surat contengan44. Di sini, ada potongan kata-kata motivasi yang berbunyi ;

‘Ada banyak sebab seseorang itu boleh gagal. Tetapi, ada satu sebab yang menybabkan seseorang itu boleh terus berjaya –yakni tidak berputus asa’

Tipulah kalau saya katakan tidak pernah mengalami perasaan putus asa. Saya boleh cerita, cita-cita saya yang paling lama terbuku dalam hati sejak bangku sekolah rendah ialah ingin menjadi seorang penulis. Menulis ni saya mula dari tahap 1. Saya hasilkan buku-buku cereta pendek. Bayangkan saya hasilkan duit dalam hasil karya saya tu, sebuah buku, saya bagi pinjam, boleh beli kad ahli dan dapat harga 20sen sekali pinjam. Hahahahaha rasa kelakar. Tapi itulah yang terjadi. Masa tu, kau ada 10 sen pun kau seorang yang berduit. Dan memang rasa banyak duit masa tu. Banyak buku saya hasilkan untuk dapatkan duit. Nampak struggle bukan? Tapi selalu rasa down. Rasa tidak berguna menulis. Tiada keyakinan. Sebab bila baca balik hasil penulisan macam tiada  bakat. Berkali-kali rasa down. Saya cuba  untuk mengembangkan bakat. Pernah hantar puisi untuk menjadi pilihan dalam majalah sekolah. Betapa gembiranya bila nampak hasil karya terpilih. Masih ingat lagi kawan duduk sebelah, join sama. Nama dia mirlen axtius. Sekarang siswi UMS .

Lihat. Pernah naik dan turun untuk tempoh yang panjang, saya rasa tidak berguna dengan teknik atau idea penulisan yang saya ada. Saya selitkan sedikit cerita saya ini bukannya hendak menunjuk. Tapi ini hakikat yang saya rasa. Zouq tu sampai sangat-sangat.  Point dia sebenarnya satu saja, positif! Berkali-kali saya ingatkan diri saya untuk positifkan diri.

Kalau perkara buruk yang datang pada kita, kita jangan pandang pada sudut negative. Tapi pandanglah dengan positif. Bagaimana?
 Baiklah. Saya boleh bagi satu analogy. Seorang kanak-kanak menangis kerana dimarah oleh orang tuanya untuk memegang pisau. Dia mau guna untuk potong manga. Tapi orang tua tidak benarkan. Bagaimana dia mau makan?? Seketika itu, terhidang mangga didepan kanak-kanak tersebut. Dari mana? Siapa yang kupas? Mungkin orang tuanya. Mungkin juga orang lain.
Apa yang kita perlukan pada pandangan pertama kadang-kadang bukan keperluan. Dan sesungguhnya Allah berikan apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu.

Secara tuntasnya disini. Dapat saya simpulkan bagaimana kita dapat mengawal persekitaran kita dengan mengubah emosi diri sendiri. Bagaimana kita dapat mengubah sikap orang lain dengan persepsi kita sendiri. Diri sendirilah yang menjadi penggerak diri untuk jadi lebih baik.

Akhir kata, perjalanan yang anda sedang lalui untuk mengenal cara. Identiti diri sebenarnya telah mengajar anda dan kita semua nilai dan erti sebuah kesabaran. Alhamdulillah, In Shaa-Allah.

Potongan daripada buku Kanvas,

' A : Kenapa boleh ada manusia macam awak di dunia ini?
B : Macam mana tu?
A : Sangat positif ! '

wallahualam. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu iluminati?