Kemarin, Hari ini dan Esok
Hari kemarin hari cuti. Hari ini hari kuliah. Hari esok belum pasti. Ada apa dengan kemarin, hari ini dan esok? Mari kita berkongsi. Kemarin- Hari cuti yang memenatkan. Aku bersengkang mata menyiapkan tugasan. Tapi jangan merungut dan pandang sahaja benda yang kita tidak suka sebagai satu bebanan. Allah firman apa? '....boleh jadi apa yg x disukaimu adalah yg terbaik utk kamu dan boleh jadi apa yg dsukai kamu adalah tidak baik buat kamu...' (QS) lebih kurang begitu maksudnya.. cari cari dan cari apa input kita akan dapat daripada aktiviti kita pada kemarin. Ini adalah sebagai pendorong utk diri sendiri. Memang kita tidak suka berpenat-penat menyiapkan tugasan. Tapi lain bagi orang yang memang minat melakukan perkara tersebut. Cuba dan cuba cari tahu apa yg tersirat sebenarnya Allah swt hendak sampaikan. Jangan pandang tidak suka kemudian tidak seronok. Jangan sahabat. Hari ini- Ada apa dengan hari ini? Hari ini kuliah. Aku berjalan kekuliah sea...