Meniru yang Halal ???
Teringin bukan jadi individu yang menarik? Sudah semestinya. Kalau lihat kebiasaan kita, bila seseorang ini telah berjaya, mesti soalan masyarakat yang wajib adalah ; apakah rahsia anda? Benar bukan? Bukan hanya berjaya dalam akademik. Dalam kerjaya, bisnes dan macam-macam lagi. Cuma kita fokuskan kepada akademik khususnya. Kenapa? Sebab penulis juga seorang pelajar. Adakalanya, mindset kita terbentuk dengan pengaruh yang besar adalah zaman bergelar pelajar. Sebab zaman ini lah kita berpeluang jumpa ramai jenis manusia di muka bumi ini. Baik, entri kali ini kita akan bercerita tentang ‘MENIRU YANG HALAL’ . persoalannya adakah peniruan yang halal? Dalam konteks kejayaan akademik kali ini bukanlah menjurus kepada peniruan peperiksaan. Tidak. Tapi kali ini saya akan share something yang menjadi panduan saya sendiri iaitu meniru. Setiap seseorang, mesti ada insan yang dia kagumi betul? Yang menjadi role model. Mengapa di...