Posts

Showing posts from March, 2020

Cerita Inspirasi 4 : Geng Masjid

            “Cepat!” Jerit Abah. Seorang demi seorang mereka yang tidur di atas tilam nipis itu bangun berjalan dengan mata yang masih tertutup menuju ke ruangan mengambil wuduk diluar rumah. Liat sungguh! Enjin kereta sudah mula kedengaran saat   barisan wudhuk lima orang   budak lelaki itu masih belum selesai. Mereka mula bertindak kelam kabut menyudahkan wudhuk.   ‘Sebentar lagi raksaksa akan bertukar’, sangka mereka didalam hati.             Laju saja serentak mereka berlima lari dan dengan hebat masing-masing memanjat belakang kereta hilux dengan gaya-gaya tersendiri. Walaupun kereta sudah bergerak, tidak bermakna mereka tidak usah ke masjid. Malah makin parah nanti. Fuhh! Nasib sahaja sempat. Kalau tidak, berjalan kakilah. Mereka tergelak melihat gelagat masing-masing yang mengejar dan memanjat kereta ta di.        ...