Posts

Showing posts from July, 2019

Cerita Inspirasi 3: Makhluk Asing Tercinta

Dia   memandang penuh duka raut wajah ibu. Rambutnya yang kian bertambah uban diusap dengan lemah lembut. Sekali sekala ibu seakan meracau memanggil nama sesiapa sahaja disekelilingnya. Itu perkara biasa. Airmata Ulwan yang ditahannya sedari tadi jatuh setitis. Sedih melihat ibunya diperlakukan sebegitu.             “Wan..”, panggil seseorang dari arah luar bilik. Rupanya ayah. Dia menyahut. Seperti ada sesuatu ingin diperkatakan. Dari jauh kelihatan mulut mereka saling bertukar kamitnya. Perbicaraan semakin serius. Ulwan keluar daripada rumah dengan wajah yang agak tegang. Kunci motorsikal dicapai. Bunyi motorsikalnya perlahan-lahan hilang daripada pendengaran telinga.             “Ibuu!!!!!!!!”, jerit Ulwan yang terus membiarkan motorsikalnya jatuh di dada bumi. Dia terus mendapatkan ibunya yang sedang mempertahankan diri secara lemah lagaknya. “Pergiii!”, usir U...

Satu hari, satu pahala

Bismillahirrahmanirrahim.. Bila lihat kepada tajuk, mungkin ada yang salah faham. Satu hari satu pahala. Memang bukan kita tentukan nilai dan bentuk pahala tersebut. Tapi fahamilah ini adalah rumus untuk mendisiplinkan diri kita. Baik, saya terangkan kenapa satu hari satu pahala. Tajuk ni timbul dalam kepala otak saya, sebab sering berfikir. Apa yang sudah saya lakukan pada hari ini? Apa sumbangan saya kepada pembangunan diri? Apa sumbangan saya pada agama?? Bila saya terfikir? Titt tittt.. beberapa saat sebelum tidur.. selepas sehari sudah saya lalui. Kenapa selepas?? Kenapa tidak sebelum. Okay, mari beralih tempat di sebelum kejadian pula. Bagaimana situasinya? Situasinya dimana saya atau kita rancanglah satu rutin harian ikut tajuk tadi. Sebelum memulakan hari. "Okay , hari ini saya ingin beramal apa ya?" "okay, hari ini saya boleh sedekah apa ya?" Dan bermacam-macam lagi jenis persoalan yang boleh membuahkan idea kepada diri sendiri. Saya bagi contoh...