One Day One Juzuk (ODOJ)
Assalamualaikum pembaca. Apa khabar ramadhan? Awal april lalu, 1 april saya mulakan 1 aktiviti keagamaan. Tapi atas talian. Ya. Sempena pkp dan medium ni capaian jauh la untuk ahli yang jauh. Untuk pengetahuan rakan pembaca, medium utama dalam aktiviti ni ialah aplikasi whatsapp. Ahli group terdiri daripada manusia manusia dari pelbagai negeri. Hebat bukan? Kami dapat bertukar tukar ilmu pengetahuan. Oh, maaf. Saya belum nyatakan aktiviti apa kan? Aktiviti ni namanya One Day One Juzuk(Odoj). Sebab wujudnya aktiviti ini? Okay, first.. Admin sendiri pernah join aktiviti begini. Cuma tiada aktiviti sampingan. Melihat kepada keadaan manusia zaman skg yang mudah leka dengan persekitaan. So, adanya aktiviti sampingan untuk mengelakkan suasana sendu muncul dalam group dan juga sebagai pendorong untuk mencapai matlamat aktiviti. Apa yang menarik dalam aktiviti ni? Aktiviti utamanya ialah membahagikan juz2 tertentu kepada ahli group secara rambang setiap hari dna perlu dihabiskan bac...