Negative to Positive
Bedah Buku ! (Kanvas)-Muharikah . Sebenarnya saya belum bedah sangat buku kanvas ni. Tapi saya teringin share apa yang ada dalam buku ni. untuk sejenis yang sangat suka untuk tahu benda baru, sangat sesuai. Sama macam saya. First hobi saya dulu, baca buku dan kumpul setem. Saya ada album setem yang cantik banget! Baiklah. Genre buku Kanvas ni sama macam puisi. Ia lebih kepada motivasi. Sangat seronok baca. Kenapa? Untuk yang sedang berduka, ada masalah boleh menganggap buku ini hadiah untuknya. Banyak kata-kata yang saya rasa jika kamu muhasabah, sangat panjang muhasabah yang tertulis dalam kotak fikiran. Ya. Tidak dinafikan. Setiap manusia memandang sesuatu dengan sudut pandangan berbeza. Tapi boleh dikatakan bila anda membaca buku ini, fikiran anda akan diasak dan dipaksa untuk positif. Kalau baca tapi tiada rasa apa-apa, saya bukannya mahu katakan anda sudah tidak mempunyai hati. Tapi, cubalah untuk tadabbur buku ini. Cuma jangan lebihkan daripada alQuran Kalamulla...